fbpx

WHAT IS YOUR BELIEF ABOUT PRESENTATION ?

 

Apakah yang anda percaya tentang Pembentangan atau Penyampaian ?

sshot505c8b79e8ecf

Ada beberapa orang yang temui sebelum ini menyatakan Pembentangan merupakan :

  1. Proses yang membosankan.
  2. Buang masa sahaja.
  3. Susaaaah!!!

Apabila saya tanya semula kenapa kamu berkata begitu, mereka mula cerita tentang kisah kegagalan atau pengalaman mereka selalu membentang dan dapat maklumbalas yang NEGATIF.

Tahukah anda, Kepercayaan NEGATIF andalah yang menjadikan anda mendapat maklumbalas yang negatif. Hanya kerana pertama kali anda bentang dan anda gagal. Anda terus meletaKkan diri anda dalam KOTAK KEGAGALAN. It is your limiting belief that set you fail over and over.

Sedar tidak sedar, kita sentiasa memberi izin kepada suara kecil (bisikan-bisikan negatif) dalam minda atau hati kita untuk menghalang kita. Suara ini selalu bermain sebelum,semasa dan selepas kita bentang. Kepercayaan ini akan menjadi “Self Fulfilling Prophecy”. Fikiran Negatif kita menyebabkan kita untuk bertindak dalam keadaan negatif. Maka hasilnya kita akan dapat negatif juga.

Kepercayaan Negatif = Perasaan Negatif = Tindakan Negatif = Hasil Negatif

Dalam proses pembentangan (Presentation Skills) kitaran negatif ini berlaku seperti ini :

KEPERCAYAAN NEGATIF = “Aku memang tak pandai bentang”, “Aku tak boleh”, “Aku memang akan gagal”, “Aku bukan dari keluarga yang pandai”, “Pensyarah memang tak suka aku”

PERASAAN NEGATIF = “Rasa tidak yakin”, “Malu”, “Segan”, “Takut”, “Malas”

TINDAKAN NEGATIF = “Melakukan Persiapan Akhir waktu sebelum bentang”, “Persiapan lebih ke arah untuk baca sahaja bukan fokus kepada penyampaian”, “Buat ala kadar sahaja sewaktu bentang”, “Tiada Interaksi dengan audien”

HASIL NEGATIF = “Maka anda menghasilkan potensi diri yang lemah dan negatif”, “Maklumbalas yang anda terima dari pensyarah negatif”, “Maklumbalas yang anda terima dari bos atau pihak atasan juga negatif”

Kerana kitaran inilah,  PEMIKIRAN atau KEPERCAYAAN anda terhadap pembentangan menjadi NEGATIF.

Untuk mengubah Kepercayaan ini. Anda boleh lakukan beberapa perkara ini :

  1. Lafazkan kata-kata Peneguhan (Affirmation) pada diri anda dari semasa ke semasa.
  2. Visualkan atau Bayangkan diri anda sedang melakukan pembentangan dengan menarik dan mantap.
  3. Dapatkan khidmat hipnoterapi dari pakar untuk mengubah kepercayaan anda.
  4. Cari bahan-bahan di internet untuk menambah nilai pada presentasi anda.
  5. Carilah seorang Mentor atau idola yang anda boleh ikuti dan belajar dari beliau.

 

Salam Sukses Pembentangan dari saya,

SYED FAIZAL 
Presentation Specialist
SYEDFAIZAL TRAINING & CONSULTANT

 

=======================================================

NANTIKAN SEBUAH PROGRAM EKSKLUSIF

KURSUS PENTAULIAHAN “PROFESSIONAL PRESENTATION SPECIALIST”

Screen shot 2015-10-25 at 12.48.16 PM

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.