Alhamdulillah. Pada 21 Februari 2015 yang lalu. Saya diamanahkan untuk melatih dan membimbing adik-adik tenaga penggerak IKRAMTeens Sabak Bernam.
Selama 10 tahun dalam bidang ini. ilmu-ilmu TOT ini saya berkongsi dengan mahasiswa, guru, rakan-rakan seperjuangan dalam NGO. Namun TOT kali ini agak menarik bagi saya kerana pesertanya ramai dari kalangan pelajar-pelajar dari Tingkatan 3 hingga 5. Hanya beberapa pelajar sahaja lepasan sekolah menengah.
Walaupun mereka masih muda. Namun penyampaian saya mereka dapat faham dan bahkan mereka dapat menjalankan tugasan yang saya berikan dengan baik.
Program selama 1 hari ini saya mendedahkan :
1. Bagaimana mencipta, memanupulasi dan memantapkan Aktiviti ?
2. Bagaimana peserta program kita memproses maklumat penyampaian kita ?
3. Bagaimana memastikan program kendalian kita mempunyai Tenaga yang tinggi dengan menggunakan SeniBicara SyedFaizal “The A.R.T of Engaging”
Berikut merupakan maklumbalas peserta TOT 4 IKRAMTeens Sabak Bernam :
1) Program yang seronok dan menarik . Cara penyampaian ceramah yang baik . Share ilmu yang dapat kepada rakan-rakan di sekolah . Segala games dan cerita sangat menarik – Nurul Hani Shahira Binti Yondri Armonta , SAM Sungai Haji Dorani
2) Best yang teramat . Banyak perkara yang kita dapat daripada program ini . Rugi kalau tak pergi – Siti Noorhaleda Binti Roslan , SAM Sungai Haji Dorani
3) Program yang sangat BEST !!! Saya berharap dapat join lagi program macam ini . Dapat memberi kesan kepada saya – Nur Rafidah Binti Mohd Nor Azmi , SAM Sungai Haji Dorani
4) Penyampaian yang rare , dah lama tengok kat FB , tengok macam tua kat FB , rupa rupanya muda broo . Moga terus sukses broo – Nik Ahmad Bin Nik Aziz , SAM Sungai Haji Dorani
5) Memang berkesan dan memang terbaik . Terima kasih . Bersyukur dapat pergi program ini dan akan ajak lebih ramai lagi rakan sertai ikram . Insyaallah – Muhd Izan Sharizan Bin Mamiza , SAM Sungai Haji Dorani
6) Program ini bagus kerana membantu seseorang itu menjadi berbeza dengan sebelumnya . Kalau boleh datanglah ke sekolah saya . Hehe – Mohd Adib , SAM Sungai Haji Dorani
7) Program Best terbaik ! Harap ada lagi . Punchline terbaik . Syukur dapat hadir program ini . Abang Syed Faizal dan Abang Amir terbaik ! – Ahmad Ulwan Naim Bin Ahmadi , SAM Sungai Haji Dorani
8) Program ini sangat menarik dan amat berguna kepada saya . Inshaallah , saya akan menggunakan tips-tips dan kaedah yang didedahkan kepada semua peserta sepanjang program TOT ini . Diharapkan Abang Syed akan berkunjung ke sini lagi dan berkongsi pengalaman bersama-sama kami . Jazakumullahhukairan ya Akhi – Nur Ain Nabila Binti Ahmad Nazri , SAM Sungai Haji Dorani
9) Memang Best , memang mantop dan memang masuk . Terima kasih . Semua yang dipelajari akan dipraktikan . Insyaallah – Sohibul Faiz Bin Saiful Azami , SAM Sungai Haji Dorani
10) Best gila !!! Hope buat program lagi program macam ini . Memang memberi kesan . Terbaik Abang Syed !! – Muhammad Amir Fadzil Bin Amir Rasid , SAM Sungai Haji Dorani
11) Program ini sangat memberi kesan kepada diri dan berharap supaya bilangan peserta bertambah dan dapat memeriahkan lagi sesuatu program – Muhammad Amirul Hakim Bin Azman , SAM Sungai Haji Dorani
12) Program ini banyak memberi manfaat kepada pelajar yang be ajar . Perlu buat promosi kepada setiap sekolah – Muhd Azmil Nazreen Bin Mohd Jamil , SAM Sungai Haji Dorani
13) Program ini Best dan seronok . Berharap sapat join program ini lagi . Dapat jumpa sebab nak suruh handle program PRS untuk sekolah – Noor Anis Nasuha Binti Noor Arif , SAM Sungai Haji Dorani
14) Segala input-input yang diberikan amat-amat bermanfaat . Oh yeahh !!! Kami akan lebih mudah handle mana-mana program . Sangat menyentap , Zapp !!! . Terima kasih – Noor Elsa Nasuha Binti Noor Arif , SAM Sungai Haji Dorani
15) Program ini memberi kesan pada individu dalam penyampaian umum . Dapat keyakinan , teknik dan idea untuk membuatkan program – Siti Hajar Binti Mohd Saat
16) Alhamdulillah , program ini terbaik kerana dapat membantu saya menyelesaikan permasalahan yang saya alami dalam mengajar dan berdepan dengan orang ramai – Anis Sobirah Binti Sharuddin
17) Program ini amat bagus dan seronok . Program ini juga amat memberi kesan . Abang Syed memang terbaik . Terima kasih kerana memberi ilmu – Nur Syuhada Binti Sharudin , SAM Sungai Haji Dorani
18) Program ini sangat bagus dan menarik . Berasa seronok . Semua pengisian sangat bagus – Nur Syaza Syazwani Binti Ahmad Tarmizi , SAM Haji Dorani
19) Program TOT yang disampaikan oleh Syed Faizal sangat bermanfaat dan berguna untuk semua masyarakat dalam membina jati diri dan semangat dalam diri – Muhammad Firdaus Bin Mohd Zain , SAMT BT38
20) Satu program yang sangat mantap dan terbaik . Pengisian tanpa kosong – Ahmad Irfan Fitri Bin Mohd Hussin , SMKA Slim River
21) Ohsemm !! Lepas ini boleh buat presentation lebih semangat !! Sangat membuka mata dan minda untuk berani mengeluarkan potensi menjadi luar biasa – Nurazrien Binti Basri , IPG KPI Bandar Baru Bangi
22) Banyak ilmu yang dikongsi . Insyaallah akan manfaatkan selepas ini – Siti Amirah Adilah Binti Mohamad , Lepasan SPM
23) Sangat BEST !!! Sangat memberi kesan . Perlu selalu lah datang Sabak Bernam . Hope dapat jumpa time leaders bulan 6 ni – Suhaida Binti Sari Sulong , SAMTAJ Sungai Besar
STATISTIK MAKLUMBALAS PESERTA BERDASARKAN 5 KATEGORI :
Bilangan | Perkara | Pendapat |
1 | Penyampaian Input Mesra dan Praktikal | 34 kata bagus |
2 | Isi kandungan Program bagus dan berkesan | 34 kata bagus |
3 | Penceramah mengendalikan program ini amat baik dan professional | 34 kata bagus |
4 | Saya syorkan program ini berterusan dengan SYEDFAIZAL TRAINING AND CONSULTANT | 33 kata bagus , 1 kata sederhana |
5 | Program ini memberi kesan kepada saya | 33 kata bagus , 1 kata sederhana |
0 Comments