fbpx

TOT 4 IKRAMTEENS TRAINERS

Alhamdulillah, pada 11 dan 12 Julai 2015 yang lalu saya bersama Tim IKRAMTEENS telah menjayakan TOT Profesional Jurulatih IKRAMTEENS.

Screen shot 2015-07-13 at 9.36.57 AM

Selama 2 hari tersebut saya banyak berkongsi tentang bagaimana untuk membina modul, membina idea, menyusun poin, bagaimana menjadikan bahasa badan menarik sewaktu penyampaian, teknik-teknik NLP (Neuro Linguistic Programming) dan Gamification.

Seronok berkongsi ilmu ini bersama para penggerak IKRAMTeens. Semoga bermanfaat insyaALLAH.

Berikut merupakan antara maklumbalas mereka tentang TOT ini :

Sangat banyak ilmu dan teknik penyampaian yang lebih berkesan dalam mengendalikan sesebuah program. Slot GAMIFICATION juga sangat banyak idea pada saya dalam membantu program remaja di sekolah menengah di RAUB. Slot Pembinaan modul juga sangat membantu saya dalam membuat modul yang sesuai untuk audien. – AJK Audiografi, Hannah Nabilah Binti Ghazali.

Screen shot 2015-07-15 at 11.45.13 AM

Saya dapat berjumpa trainer dari negeri lain. Boleh belajar skil mereja juga. Awesome!! teori dan praktikal yang sangat relevan. Boleh adakan sesi untuk lihat trainer kendalikan program dan penilaian next TOT insyaALLAH. – Nurr Azreen Binti Abdul Karim, IKRAMTeens Pusat.

Untuk melahirkan seorang Jurulatih Profesional saya sarankan program ini diteruskan. Program ini 1000 dalam 1. – Pegawai Pemasaran, Mohd Helmy Manja Bin Mohd Salami.

Screen shot 2015-07-15 at 11.21.24 AM

Semua orang boleh bercakap, tapi tak ramai boleh bercakap di hadapan ramai orang dan tak ramai mampu bercakap dan beraktiviti di hadapan ramai orang dengan berkesan. Dengan menyertai TOT 4 IKRAMTEENS Trainer ini selama 2 hari. Banyak ilmu baru dan perkongsian pengalaman yang insyaALLAH mampu mengubah dan memperbaiki diri saya daripada seorang Jurulatih biasa kepada Jurulatih luar biasa!! – Nor Izzati Binti Alzolmin, IKRAMTeens Pahang.

Program ini perlu diadakan di setiap negeri dan daerah IKRAMTeens yang aktif agar penggerak-penggerak IKRAMTeens lebih profesional dan berkemahiran mengendalikan program-program mereka. – Muhammad Ashraf Bin Nora’azim, IKRAMTeens

Screen shot 2015-07-15 at 11.26.21 AM

TOT ini bagus, memberi pendedahan tentang teknik yang betul dalam penyampaian. Dapat membetulkan semula kesilapan dalam pengendalian program remaja selama ini. – Mohd Sufian Bin Mat Ali, Pengerusi JK Remaja IKRAM Kemaman.

Syukur dapat hadir ke program ini. Sangat praktikal, berkesan dan mencapai objektif. Skil dan ilmu kejurulatihan diperolehi sangat bermanfaat dan baik. Content Sharp dan direct. Sukses selalu!!! – Syed Ahmad Safwan Bin Syed Ibrahim, IKRAMTeens.

Screen shot 2015-07-15 at 11.27.55 AM

Alhamdulillah, pengisian yang membuatkan saya secara peribadi lebih yakin untuk berhadapan dengan orang ramai dalam pengucapan awam. Dapat memperbaikki skill dalam membina slaid power point. Dapat menimba pelbagai pengalaman yang berharga daripada trainer-trainer yang berpengalaman. – Mohamad Afzal Zulkepli, Setiausaha Kerja IKRAM Daerah Kulim, Kedah.

Satu pengalaman yang sangat berharga. Antara ilmu yang dapat dalam TOT ini dan akan diaplikasikan adalah Teknik Seni Bicara, Pembinaan Modul yang baik dan berkesan. Dapat mempertingkatkan diri sebagai Jurulatih Profesional dengan ilmu-ilmu yang ditimba. – Mohd Nabeel Asyraf B. Asmi, Jurulatih Utama IKRAMTeens Kedah, Bina Sinergi Resources.

Program ini banyak memberi input-input berguna kepada saya untuk menjadi Jurulatih yang berjaya malah Profesional. Lengkap daripada aspek diri Jurulatih malah prop. – Aqil Bin Junaidi, AJK IKRAMTeens Pusat.

Program Santai penuh aktiviti. Setiap slot ada maksud yang tersendiri. Belajar sesuatu yang baru. Mampu berkeyakinan bila bercakap. Zero to Hero. – Muhammad Abdellah Mohd Sarif, Penggerak IKRAMTeens Pahang.

Screen shot 2015-07-15 at 11.31.58 AM

Alhamdulillah, saya lebih mengetahui teknik-teknik pengucapan awam yang berkesan. Banyak membantu dalam merangka modul yang lebih bersistematik. – KhairilAzhar B. Karim, Pengarah IKRAMTeens Pulau Pinang.

Alhamdulillah, Syukur dapat ilmu dan pengalaman yang dikongsikan oleh orang yang telah lama berpengalaman dalam bidang kejurulatihan ini. Program ini lebih banyak kepada aplikasi secara langsung. Sangat berguna untuk diri saya juga menjadi Jurulatih yang Profesional. – Mohammad Hafis Shafiq Bin Mohammad Sopian, IKRAM Kedah.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.