fbpx

Tingkatkan 4 Perkara ini Jika Mahu Berkomunikasi Efektif

Kita perlu tingkatkan 4 perkara ini jika mahu memperbaikki seni bicara atau komunikasi kita dengan orang lain. 4 perkara ini penting kerana sememangnya 4 perkara ini ada pada kita. Namun seringkali kita terlupa akan faktor-faktor ini. Antaranya ialah :

1. Tingkatkan Visual Anda !

  • Di dalam buku “How to talk to people so people will listen” menyatakan bahawa kita mengingat hampir 85 hingga 90 peratus apa yang kita lihat tetapi kurang 15 peratus perkara yang kita dengar.
  • Kita mempunyai 7 saat sahaja bagi menampilkan impresi pertama kita dengan sempurna. Di dalam bidang perniagaan impresi 7 saat pertama sangat penting.

  • Besarkan ekspresi air muka agar mudah orang lain memahami kita dengan air muka kita. Sebagai contoh, jika kita bercerita topik yang gembira serlahkan senyuman dari wajah kita bukan wajah yang muram.
  • Kekalkan gaya bahasa badan yang seiring dengan percakapan kita.

2. Tingkatkan Intelektual anda !

  • “Sekiranya bukan daripada pengalaman, pemikiran (intelektual) ataupun pengetahuan sendiri, lagu itu tidak mungkin mengalir daripada instrumen muzik kamu” – Charlie Parker, Pemuzik.
  • Bagi meningkatkan tahap intelektual kita 3 perkara ini perlu diberi perhatian iaitu PENGALAMAN, PEMIKIRAN dan Ilmu PENGETAHUAN.
  • Carilah pengalaman sebanyak mungkin dengan pergi mengembara, sertai NGO-NGO yang ada, luaskan jaringan kenalan-kenalan yang ada.
  • Asahlah tahap pemikiran dengan kerja-kerja yang ada.
  • Tambahlah ilmu pengetahuan dengan membaca dan mengambil iktibar dari kisah orang lain.

 

3. Serlahkan Emosi anda !

  • Ada ungkapan yang menyatakan ” Pemimpin-pemimpin yang hebat pandai mempengaruhi HATI dan MINDA orang.”
  • lihatlah ungkapan ini…ia tidak menyatakan minda sahaja tetapi hati sekali. Emosi terbit dari hati. Jika kita mampu menyentuh hati orang lain. Mereka juga akan lebih senang dengan kita.

  • Orang yang pandai berhubung dengan orang lain pada tahap emosi dikatakan dia mempunyai perwatakan yang hebat ataupun karisma. “Mereka tidak selaluya ingat perkara yang kita lakukan, tetapi mereka sentiasa ingat bagaimana kita membuat mereka merasa.”

4. Tingkatkan Verbal anda !

  • Kuasai perkataan yang keluar dari mulut kita.
  • Apa yang kita katakan dan lafazkan memberi impak dan kesan pada minda dan hati orang lain.
  • Apabila kita bercakap dengan orang lain. Kita harus memilih kata-kata yang positif.
  • Antara perkara yang perlu diberi perhatian ialah Suara, tempoh, kekuatan vokal, kadar dan intonasi naik turun suara kita.

Dengan penguasaan 4 perkara ini, semoga kita dapat berkomunikasi efektif di mana jua kita berada. (^_^)

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.