TEKNIK PICTURE WALK UNTUK JADIKAN MINDA LEBIH CEKAP

Sebagai seorang pelajar, menjadi tanggungjawab kita untuk baca sebanyak mungkin di dalam buku teks yang menjadi panduan kita untuk skor dalam peperiksaan.

Teknik PICTURE WALK memberi peluang kepada minda kita untuk mendapatkan gambaran besar tentang apa yang kita akan baca atau lalui dalam buku tersebut.

Kesilapan besar yang kita selalu lakukan ialah baca satu per satu muka surat apabila membaca buku. Ini rupanya langkah pertama yang salah !!

SEPATUTNYA

Sepatutnya, kita perlu lakukan “PICTURE WALK” dahulu sebelum baca secara fokus satu per satu. Kaedahnya ialah dengan lihat dahulu topik utama, topik kecil, sub-poin, gambarajah, diagram, carta atau sebarang gambar yang terdapat di dalam buku anda.

Dengan melakukan perkara ini, anda membenarkan otak anda untuk merakam gambaran besar apa yang terdapat dalam buku yang anda akan baca nanti. Teknik Picture Walk juga sebenarnya seperti melihat TEASER atau TRAILER sebuah filem.

Apabila kita lihat trailer dahulu sebelum menonton filem dengan penuh. Kita akan lebih teruja untuk mengikuti jalan cerita filem tersebut berbanding dengan tidak ada sebarang informasi awal tentang filem tersebut dan membuatkan kita bosan.

Melakukan Kaedah PICTURE WALK juga seperti menyediakan Bingkai sebelum kita meletakkan gambar di dalam bingkai tersebut.

Bingkai = Pre-Reading

Gambar : Putting information into the frame

 

Semoga bermanfaat (^_^)

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.