Teknik Menulis Matlamat 5-T

Seringkali kita mungkin terbaca atau diajar mengenai kepentingan menulis matlamat. Sememangnya kepentingan menulis matlamat sangat besar impaknya terhadap diri kita jika kita mahu merealisasikan matlamat atau cita-cita kita.

1. Tanya Diri Mahu Apa

  • Fikirkan apa yang kita mahu. Ianya mesti jelas dan terperinci.

2. Tulis Atas Kertas / Buku Catatan

  • Tulislah matlamat anda. Zahirkan di atas kertas supaya otak separa sedar kita dapat merasai tenaganya.

3. Tentukan Tarikh

  • Pilihlah tempoh yang munasabah untuk kita capai matlamat kita itu sekaligus supaya minda kita sentiasa terjaga untuk bekerja ke arah matlamat itu.

4. Terangkan Langkah-Langkah

  • Senaraikan “step-by-step” yang boleh kita lakukan untuk semakin hampir ke matlamat tersebut.
  • Senaraikan juga Kekuatan, Kelemahan, Peluang & Halangan kita untuk capai matlamat itu.

5. Tindak Beremosi & Positif

  • Lakukanlah aktiviti-aktiviti yang membawa kita semakin hampir dengan matlamat kita itu.
  • Bagi mengelakkan kita bertangguh. Hadirkanlah emosi atau perasaan kita untuk lakukan aktiviti tersebut.

Teknik menulis matlamat 5-T yang saya telah dirikan dan cuba aplikasikan ini merupakan antara strategi yang boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja untuk menambah baik status kewangan, keluarga, pendidikan, spiritual, kemahiran diri dan apa sahaja yang anda fikir baik bagi diri anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.