fbpx

Tazkirah Ramadhan di Kolej PTPL Seremban

Syukur diberi peluang sekali lagi apabila dijemput oleh pihak Kolej PTPL Seremban buat kali kedua. Gembira juga apabila diberitahu jemputan kali kedua ini adalah hasil maklumbalas yang baik dari para mahasiswa/i dan pensyarah yang hadir ke program saya di kolej ini bulan lepas. Cumanya kali ini agak berbeza sedikit, dimana saya perlu menyampaikan input-input berbentuk tazkirah di dalam topik :

“Syukuri Ramadhan Kita”

 

 

Bagi memberikan kelainan dari konsep penyampaian tazkirah seperti yang diberikan oleh penceramah lain. Saya mengekalkan kaedah penyampaian  gaya SmartStudy sambil memberikan sentuhan islamik berkaitan mensyukuri nikmat-nikmat yang dekat dengan kita sempena Ramadhan ini.

Input selama 1 jam bersama warga kolej ini ialah seperti berikut :

1. Syukuri nikmat persahabatan dengan memantapkan Kecerdasan SOSIAL kita.

2. Memaksimumkan kurniaan Allah terhadap Kecerdasan INTELEK kita dengan menguruskan produktiviti dan menambahkan amalan rohani kita di bulan Ramadhan kita.

3. Meransang Kecerdasan SPIRITUAL dengan menzahirkan ucapan syukur kepada pendidik atau pensyarah kita melalui ucapan terima kasih & mohon maaf dengan menggunakan Flash Card.

Sesi Permulaan bersama peserta program.

 

Semoga bermanfaat buat semua…

Syed Faizal S. Rahman

SmartStudy Senior Associate Trainer

Syukuri Ramadhan Kita merupakan modul/program 2 jam. Mana-mana pihak yang berminat untuk anjurkannya. Boleh hubungi pihak kami di talian 017-6655391

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.