fbpx

Seronok bersama SMK Sultan Yussuf, Perak

Syukur diberi kesempatan untuk bersama pelajar-pelajar SMK Sultan Yussuf, Batu Gajah, PERAK pada sabtu lepas (30 Jun 2012). Saya berkongsi topik “Personaliti Unggul” di dalam Program Explorasi Kesihatan  anjuran Yayasan Bank Rakyat bersama Pihak Konsultan IP MINDA.

Berikut merupakan input-input sub topik yang saya kongsikan bersama pelajar-pelajar tersebut :

Sebagai pelajar. Kita perlu belajar dan amalkan membina hubungan yang sihat. Bagi membina hubungan yang sihat. Ada petua-petua dan tips yang kita boleh amalkan supaya hubungan kita dengan orang lain sentiasa terjaga dalam keadaan yang sihat. (^_^)

Kesihatan FIZIKAL juga perlu dijaga dari semasa ke semasa. Fizikal terbahagi kepada dua bahagian. Dalaman dan Luaran. (^_^)

Pelajar yang berfikiran sihat akan sentiasa berfikiran POSITIF. Pelajar yang berfikiran positif. Peluang untuk mencipta kejayaan lebih mudah. Ini kerana perkara negatif hanyalah perkara kecil bagi pelajar yang berfikiran POSITIF dan Sihat Minda. (^_^)

Emosi yang sihat juga menjadi suatu kemestian bagi pelajar. Emosi yang sihat akan membuatkan kita memperoleh rakan-rakan yang baik dan yang sudi membantu kita. (^_^)

Sub topik yang terakhir ialah tentang Spiritual. Spiritual berkaitan dengan nilai-nilai murni, akhlak mulia yang lahir dari hati. Spiritual merupakan kecerdasan tertinggi yang patut ada dan diransang pada setiap insan. Spiritual yang sihat membawa kita ke jalan yang mulia.

Berikut merupakan MAKLUMBALAS para pelajar yang telah mengikuti slot bersama saya. Semoga bermanfaat (^_^)

Saya rasa inilah camp motivasi yang paling seronok dalam hidup saya. Rugi bagi sesiapa yang tidak masuk aktiviti ini. TErbaik!!!” – Norkhairunnisa Bt. Mohd Yusoff.

“Saya rasa inilah ceramah yang paling santai saya pernah ikuti. Best!!” – Farah Nabihah Bt. Mohd Nasir.

“Saya rasa seronok tol dengan Abg Syed. Sebab abg lawak sangat-sangat. Saya serius nih!!! Saya harap kita boleh jumpa lagi tau… Tq tau.. sebab ngaja saya..Tq!!! – Omar.

“Satu sesi yang amat bagus. Susah untuk melihat satu sesi yang sangat bersemangat seperti tadi. Tahniah kepada pihak anda kerana telah membuka mata saya untuk kesedaran diri saya. InsyaALLAH…terima kasih… Tahniah!!! – Pelajar SMK Sultan Yusuf, Perak.

“Memang best kalau abg buat lagi program..abg penceramah yang professional la…giler best motivasi ceramah abg..” – Najiha

“Wow..best sangat..sebab slot ini lebih relaks dan santai. Banyak info yang dapat. Plus kenal lebih lagi tentang rakan-rakan. Rugi sape yang tak masuk.  P/S : sedap suara abg.” –

“Slot ini amat terbaik!!” – Nurul Wahidah Bt. Ridzwan

“Saya berasa sangat seronok dalam slot ini. Abg Syed sangat best. Rugi betul siapa yang tak hadir. TERBAIK!! Slot ini yang paling best.” – Nadia

Sesi yang paling baik yang pernah saya lalui. Kalau boleh saya nak lagi lama. Sepanjang sesi ini berjalan saya tak pernah bosan. Bak kata orang tak kering gusi dengan jenaka yang dilontarkan di dalam slot itu. Saya harap peluang ini akan datang kembali. TERBAIK!! – Nurul Hidayah Bt. Ridzwan.

Bestlah abg..perghhh!! banyakkan menyanyi… semoga berjaya mencapai cita-cita sebagai perunding motivasi professional..” – Nasihah

“Program nie best giler!! banya membantu. Banyak ilmu dan tips yang baru. Nak tidur pun tak jadi!!” – Izzatul Zawani Bt. Baharudin.

“Salam…motivasi yang baik dan menarikAbang pandai memberi motivasi dengan menarik. Slot yang terbaik. Bijak, menarik, pandai berlawak, menarik perhatian orang, pandai berlakon. Terima kasih memberi maklumat kepada kami pelajar SMK Sultan Yussuf. Mengajar tentang ISLAM, EMOSI dan macam-macam lagi. Jutaan terima kasih membantu mengeratkan hubungan antara kami.”

“Saya rasa program ini sangat seronok. Langsung tak bosan. Program yang lain dari yang lain. Saya harap sangat dapat ikuti program ini lagi. Nasihat yang diberikan pasti akan dipatuhi (^_^) semua yang dipaparkan serta diajarkan sangat berguna dalam kehidupan kami. Terima kasih.”

Awesome..best sangat sesi Personaliti Unggul ini. Kalau boleh tak nak kelip mata pun..takut terleka pulak sampai terlepas setiap detik yang penuh bermakna. Abg Syed Faizal terbaiklah.. Tak rugi datang kem nie. Rugi sape yang tak join. Rasa enjoy sangat. Buatlah lagi ye. Suka sangatlah. Pokoknya 2jam bersama Abg Syed Faizal memang tak cukup. Datang lagi ye abg.” – Nurul Asyiqah.

“Personaliti Unggul !! suatu slot yang sangat seronok dan giler-giler! penuh dengan ilmu bermanfaat. Kalau satu kelas saya hadir pasti satu kelas saya menjadi kelas No. 1 !!! Tersentuh dengan video klip RACUN HATI… kalau nak diikutkan, saya bagi rate 10 per 10 untuk slot nie… Bez!!! Harap semua remaja di Malaysia dapat sertai slot yang macam ini… syabas saya ucapkan…!!” – Rina Suhana.

Sangat best!! Dapat belajar membuka minda ke arah kejayaan. Menguatkan semangat untuk belajar.”

“Memang terbaek!! Good use of language and even better body language. Almost everyone enjoyed the activity being done. Especially the part where we had to do all the 4 funny emotions. Some were seriously hilarious especially the acting for SALAM  and the pujian of the tudung. I had a good time with the motivator. I feel lucky to have been here today. But I feel sad for those who didn’t get the chance to join.” – Danial Md Nor.

“Saya rasa kagum dengan Abg Syed kerana sikapnya yang amat positif dan aktif.”

“Slot Personaliti Unggul sangat bermakna dalam hidup saya. Saya rasa bertuah kerana dapat hadir. Saya harap keesokkan hari sangat seronok seperti ini.”

“Sesi yang sangat terbaik!! Slot Personaliti Unggul ini sangat best dan abg syed seorang yang sangat sporting. Harap dapat dengar ceramahnya lagi.” – Mirza Yusuf.

“Seronok giler!!! Saya rasa sesiapa yang tak datang mesti rugi. Saya tak kan lupa slot ini. Terbaek!!! (^_^)” – Muhammad Nafis.

“Seronok, tak bosan, penyampaian amat baik sehingga menjadi ikutan, spontan, tak pernah jumpa orang macam Abg Syed.” – Pelajar SMK Sultan Yussuf, Batu Gajah, Perak.

“Satu pengisian program yang menarik, seronok dan berinformasi serta penuh hikmah, ceramah yang bertenaga dan berstyle. Sesuai untuk semua lapisan umur. Terbaik… (^_^) satu kelebihan pada yang hadir dan sebaliknya pada yang tidak hadir.” – M. Shafik.

“The best session ever. I hope there will be a better session tomorrow. It is a new life.”

Satu-satunya program yang saya hadir dan tidak sesaat pun mengantuk. Abg Syed memang pandai dalam sosial kehidupan. Smartlah!!”

“Best giler.. esok Abg Syed datang lagi.. Ceramah sebelum ini saya asyik tidur tapi bila Abg Syed bagi ceramah saya berasa segar. Memang Abg Syed yang terbaik.”

“Sesi ini sungguh menyeronokkan!! Saya banyak belajar tentang perkara baru. Saya harap abg akan datang lagi ke sini dan mengadakan motivasi seperti ini. Saya memberi 5 Bintang!! Saya akan sentiasa mendoakan abg agar berjaya di dunia dan akhirat!!!”

Sesi yang mantap. Semua terhibur dan rasa tak ngantuk. InsyaALLAH ilmu yang diajar masuk kepala dan terus diamalkan. Rugilah siapa yang tak hadir. Happy.!!” – Sofia Munirah.

Saya rasa slot ini memang best giler!! Dapat menyedarkan saya tentang 4 Racun Hati. Saya harap dapat hadiri slot sebegini lagi..memang terbaek!!”

Ini first time saya datang program yang terbaik macam ini.. rugi sape yang tidak hadir. Slot yang paling best. Rasa nak ulang balik masa tadi… Dapat belajar perkara yang baru.!! Terbaik!! Go Abg Syed go… -Dhia.

Slot yang sangat membantu saya dalam menangani masalah kehidupan saya. Sangat menyeronokkan dan menghiburkan di samping melepaskan tekanan. Banyak pengetahuan yang saya dapat tahu yang saya sendiri tidak tahu. Tahniah!!!” – Siti Nazirah.

“Slot yang hebat dan menarik. Saya dapat input yang banyak. InsyaALLAH saya akan amalkan apa yang diajar. Semoga slot ini akan ada lagi. Penceramah yang mempunyai personality yang menarik dan perwatakan yang menghiburkan. Terima kasih. Hebat sekali ceramahnya..” – Nurul Syafiqah Bt. Johari.

 

 

-Bagi menjemput Syed Faizal S. Rahman menjalankan Motivasi Personaliti Unggul. Beliau boleh dihubungi di talian 017-6655391 atau melalui emel smartstudytrainer@yahoo.com

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.