fbpx

Sentuhan Ramadhan vs Sinaran Syawal

Alhamdulillah,  kita telah pun berada di bulan syawal. Bulan yang membawa kita kembali ke fitrah kita. Di sebelah siang harinya kita boleh makan dan minum seperti biasa. Bulan Ramadhan telah pun berlalu. Apakah bulan ramadhan sedikit sebanyak telah memberikan sentuhan pada hati kita?  Adakah sinaran Syawal sedikit sebanyak memberikan nur pada hati kita.?

Bagaimana agaknya Ramadhan kali ini mendidik hati kita ? Sudahkah iman dan amal kita bertambah-tambah. Adakah hati kita bertambah yakin dengan agama ini. Jawapan kepada soalan-soalan ini saya fikir hanya tuan kepada hati masing-masing dapat menjawabnya.

Doa saya semoga Allah bertambah kasih dan sayang dan Rasullullah s.a.w bertambah cinta kepada kalian semua. Sempena dengan tajuk artikel yang tulis ketika ini iaitu Sentuhan Ramadhan vs Sinaran Syawal, ingin saya kongsikan dengan kalian. Ramadhan merupakan sebuah akademi yang mengajar kita untuk menahan diri kita dari makan dan minum serta lebih daripada itu kita perlu menjaga pandangan kita, fikiran kita dan yang paling penting hati kita dari dosa dan noda. Moga-moga akademi ramadhan membuatkan kita lebih dekat kepada-NYa untuk meraih hidayah-NYA.

Bukan mudah untuk meraih Hidayah Allah. Untuk mendapatkan hidayah Allah hati kita perlulah bersih dan dekat kepada-NYA. Hati kita perlu sentiasa mengingati Allah dan Rasul. Moga-moga Akademi Ramadhan membuatkan hati kita menjadi bertambah-tambah bersih dan dekat kepada agama yang mulia ini.

 

Sekarang ini apa yang pasti ialah. Akademi Ramadhan telah pun berlalu. Kita telah pun bergraduasi dengan meraikan sinaran syawal pada 1 syawal yang lalu. Apa yang perlu dilakukan sekarang ialah kita perlu “ISTIQAMAH” dengan amal-amal mulia yang telah kita lakukan pada akademi ramadhan yang lalu. Teruskan membaca Al-Quran, teruskan memahami ayat-ayatnya, teruskan dengan solat-solat sunat, teruskan dengan amalan sedekah kita, teruskan dengan niat-niat murni kita untuk lakukan kebaikkan. Rajinkan diri dengan melihat hadis-hadis.

InsyaALLAH dalam suasana orang sekarang melupakan hadis,sunnah Rasullullah s.a.w, solat, Quran. Dalam suasana orang mengagungkan artis, lagu-lagu yang tidak memberi sentuhan hati jika kita mampu lakukan amalan-amalan mulia yang kita lakukan pada ramadhan lalu. InsyaALLAH kita benar-benar akan berjaya. Moga kita semua dapat meraih hidayah Allah dan keredhaan Allah…insyaALLAH….semoga Sentuhan Ramadhan telah berjaya melembutkan hati kita dan Sinaran Syawal memberikan kepuasan pada hati kita. (^_^).

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.