fbpx

SeniBicara : Teknik U.C.A

Apa yang kebanyakkan penceramah atau pembentang lakukan ialah, mereka tidak mengaitkan apa yang disampaikan dengan latar belakang audiens mereka. Apabila input yang disampaikan tidak menyentuh kehidupan harian mereka. Mesej yang disampaikan tidak akan mendapat kesan yang maksima dalam hati audiens kita.

Untuk itu gunakan Teknik U.C.A yang saya telah rangka ini supaya anda boleh berbicara dengan lebih berkesan sewaktu membentang di hadapan audiens anda. (^_^)

U ialah Universal. Audiens kita mempunyai nilai-nilai universal (Universal Values) yang sama dengan nilai-nilai universal kita. Contohnya nilai kasih sayang, keselamatan, kejujuran, simpati, percaya kepada keadilan, setia kepada insan yang tersayang.

Contohnya, apabila kita sedang bercakap tentang topik “Motivasi Kerja” kaitkan dengan nilai-nilai universal seperti semangat setia kerja pada organisasi. Buatkan audiens kita dapat mengaitkan topik dengan tempat kerja mereka. Make them FEEL!!!

C ialah Cerita. Rangka sebuah cerita yang mampu membuatkan audiens kita menghayati apa yang kita sampaikan. Menyampaikan cerita sangat penting di dalam ucapan kita. Ianya menjadi sebagai suatu resipi yang menambahkan keunikan penyampaian atau pembentangan kita. Cerita juga menjadikan kita dan audiens kita menjadi semakin akrab. Audiens akan terpesona dan tertarik dengan cerita kita lalu menjadikan diri kita dan mereka menjadi rapat. Cerita yang baik mestilah mempunyai 3 segmen iaitu Asas, perjalanan dan penutup yang menarik. Saya akan kongsikan cara merangka cerita yang menarik pada perkongsian akan datang. (^_^)

A ialah Aksi. Kita harus faham bukan semua audiens kita akan fahami penyampaian kita tanpa mempunyai aksi atau aktiviti yang melibatkan diri mereka. Apabila membentang input anda. Pastikan mempunyai aksi yang boleh diterjemahkan melalui perbuatan oleh pembentang sendiri atau audiens kita.

Sebagai contoh, apabila kita sedang bercerita tentang “Minda Tertutup”. Anda boleh lakukan aksi dengan memegang cawan yang tertutup. Kemudian cuba tuang air ke cawan tersebut tanpa membuka penutupnya. Tentu air yang dituang tidak boleh masuk ke dalam cawan itu kan? Ini merupakan contoh yang paling mudah yang kita boleh lakukan untuk wujudkan aksi dalam pembentangan kita.

Aksi tidak semestinya dilakukan oleh anda. Aksi juga boleh dilakukan oleh audiens kita. Contohnya apabila kita mahu para audiens faham konsep “Salam-salaman”. Anda boleh minta para audiens untuk bersalaman antara mereka. Mungkin anda boleh minta mereka salam sekurang-kurangnya 5 orang. Ini semua melibatkan aksi para audiens. Suasana pembentangan anda juga akan menjadi hidup dan seronok. (^_^)

Selamat mencuba….

Bagi mendapatkan kesan yang mendalam tentang Teknik U.C.A sila tonton video SeniBicara SyedFaizal : Teknik U.C.A  di bawah ini. (^_^)

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.