fbpx

SeniBicara SyedFaizal : Berikan Pengaruh Dalam Ucapan

Di dalam menjalankan ceramah kepada para pelajar. Saya sering ditanya oleh kenalan dan rakan-rakan saya. Apa yang membuatkan saya menerima maklumbalas seperti dibawah ini :

Saya amat teruja dengan ceramah ini dan gembira. Terima kasih sebab memahami kami selama 2 jam ini.  Muhd Fitri, SMK Puchong
Boleh dapat banyak maklumat. So Active, Discipline, Bercakap dalam semua bahasa iaitu 1 MALAYSIA. (Melayu, Tamil & Cina), More interesting, saya harap Abg Syed Faizal akan datang balik ke SMK Puchong. Orang yang rajin. – Nithiyaa a/p Ramesh, SMK Puchong
“Salam…motivasi yang baik dan menarik…Abang pandai memberi motivasi dengan menarik. Slot yang terbaik. Bijak, menarik, pandai berlawak, menarik perhatian orang, pandai berlakon. Terima kasih memberi maklumat kepada kami pelajar SMK Sultan Yussuf. Mengajar tentang ISLAM, EMOSI dan macam-macam lagi. Jutaan terima kasih membantu mengeratkan hubungan antara kami.”
“Saya rasa program ini sangat seronok. Langsung tak bosan. Program yang lain dari yang lain. Saya harap sangat dapat ikuti program ini lagi. Nasihat yang diberikan pasti akan dipatuhi (^_^) semua yang dipaparkan serta diajarkan sangat berguna dalam kehidupan kami. Terima kasih.”

“Awesome..best sangat sesi Personaliti Unggul ini. Kalau boleh tak nak kelip mata pun..takut terleka pulak sampai terlepas setiap detik yang penuh bermakna. Abg Syed Faizal terbaiklah.. Tak rugi datang kem nie. Rugi sape yang tak join. Rasa enjoy sangat. Buatlah lagi ye. Suka sangatlah. Pokoknya 2jam bersama Abg Syed Faizal memang tak cukup. Datang lagi ye abg.” – Nurul Asyiqah, SMK Sultan Yussuf.

Terdapat beberapa tips & tricks yang saya susun di dalam ucapan yang saya sampaikan. Antara petua yang saya ingin kongsikan dengan anda adalah seperti berikut :

1. BUAH FIKIRAN

  • Setiap ucapan harus mempunyai buah fikiran. Jadikan buah fikiran ini menjadi sebutan audiens kita. Sebagai contoh. Di dalam program Team Building saya akan melontarkan buah fikiran seperti ini :  “Jangan jadikan masalah sebagai masalah tapi jadikan sebagai satu cabaran.”
  • Buah fikiran yang saya lontarkan ini menjadi satu ucapan yang berpengaruh apabila audiens saya sendiri menulisnya kembali di dalam maklumbalas mereka apabila selesai program teambuilding 3hari 2malam bersama saya. (^_^)
Kem ini sangat best. Dapat memberi kita semangat untuk belajar dan menyesuaikan diri dengan orang ramai. Merapatkan ukhwah silaturrahim antara pelajar dan penceramah. Dapat tahu untuk duduk di tempat selesa kita harus tempuhi banyak dugaan dan cabaran. Dan jangan jadikan masalah sebagai masalah. Tapi lihat sebagai CABARAN. – Nur Fatin Hidayah Bt. Hamzah, Semester 3 , DBF.
Satu program yang sangat memberansangkan dan dapat membentuk satu nilai positif dalam diri saya. “Jangan jadikan masalah sebagai masalah tapi jadikan sebagai satu cabaran.” kata-kata yang saya cukup kagum dan mempunyai sejuta nilai yang telah menjadikan saya untuk lebih yakin dan berani. – Alyaa Syahira Bt. Abd Rahaman, Diploma in Islamic Banking & Finance, Semester 3.

2.  STRUKTUR UCAPAN

  • Jadikan ucapan kita tersusun dan jelas untuk disampaikan kepada audiens kita. Pastikan ada bahagian pengenalan, cerita kejayaan, perkongsian peribadi, manfaat dan kesannya kepada audiens kita. Apabila ucapan kita sudah tersusun. Sediakan pula paparan visual berbentuk power point atau video untuk tatapan audiens kita. Ucapan berserta dengan paparan visual sentiasa memberikan kesan dan impak yang amat baik kepada audiens kita. (^_^)

Semoga tips dan petua yang dikongsikan bermanfaat buat anda.

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.