fbpx

SeniBicara SyedFaizal : Bagaimana Berbicara Berpengaruh

Salam sahabat sekalian, harap kalian dalam rahmat dan pandangan kasih Allah. Perkongsian saya pada kali ini ialah tentang bagaimana untuk berbicara dengan berpengaruh bersama audiens kita.

 

Berikut merupakan tips-tips yang saya sendiri amalkan dan juga yang terdapat dalam beberapa buah buku yang saya baca.

1. Ucapkan terima kasih kepada pihak penganjur.

  • Kita perlu ingat, bahawa kehadiran kita dihadapan audien pertamanya adalah kerana adanya pihak yang menjemput kita. Pihak yang menjemput kita tentunya pihak penganjur. Contohnya, apabila saya berceramah di sekolah. Selalunya pihak penganjurnya ialah Guru Kaunseling atau pihak PIBG.
  • Bagi mendapatkan kesan yang mendalam. Dapatkan nama guru kaunseling atau individu yang terlibat dalam menjayakan program ini. Sebutkan nama mereka ketika kita berceramah. Ini menunjukkan kita sebagai insan yang berterima kasih dan tentunya guru tersebut juga akan rasa seronok. (^_^)

2. Ucapkan kata-kata yang meransang minda dan hati.

  • Pada permulaan ceramah biasanya, segolongan audiens kita memang sudah hadir dengan minda dan hati yang terbuka untuk belajar dan mendengar ceramah yang baru. Kita perlu berikan penyataan yang baik dan membina.
  • Sebagai contoh, kebiasaanya audiens saya dalam Program SmartStudy Memory Skills dan SmartStudy SkorSejarah  ialah pelajar sekolah. Maka dengan itu, saya akan katakan “Abg syed difahamkan pelajar-pelajar sekolah ini sporting-sporting belaka!! betul ke?”  Selalunya dengan soalan dan penyataan seperti ini akan dapat respon yang hangat dari pelajar. Suasana juga akan hidup. (^_^)

3. Berikan kajian yang mengejutkan.

  • Berkongsilah kajian yang menghairankan atau mengejutkan audiens kita. Buatkan mereka berfikir. Buatkan mereka terperanjat. Jadikan mereka tersenyap sebentar kerana memikirkan kajian yang kita kongsikan. Jadikan mereka bertanya antara rakan-rakan audiens yang hadir dengan penyataan kita.
  • Contohnya, “Adik-adik semua, tahukah anda di peringkat universiti sekarang ini pelajar-pelajar lelaki semakin berkurangan!!”  “Kajian menunjukkan setiap tahun lebih 50 000 graduan keluar mencari kerja!!”

 

Ini antara teknik-teknik yang kita boleh gunakan apabila berbicara di hadapan audiens kita. Gunakan juga tips ini dalam membina skrip presentation anda bagi mahasiswa-mahasiswi semua… Selamat berbicara semua…

 

-SeniBicara SyedFaizal merupakan sebuah modul/program Komunikasi dan kepimpinan yang dijalankan kepada pelajar sekolah/IPT/Korporat. Bagi mendapatkan info lanjut. Hubungi pihak kami di talian 017-6655391-

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.