fbpx

SeniBicara : Skripkan Ucapan Anda

Ramai mahasiswa dan warga korporat menjadi gementar apabila diminta  berucap atau bentang di hadapan rakan-rakan atau audien mereka. Apabila saya mengkaji apakah antara faktor utama yang membuatkan mereka menjadi gemuruh ialah :

  1. Tidak tahu hendak mengucapkan apa di hadapan audiens.
  2. Takut lupa apa yang nak dicakap apabila berada di atas pentas.
  3. Tidak ada input untuk diperkatakan.
  4. Merasakan audiens akan memandang rendah pada ucapan kita kerana isi yang tidak tepat dengan tajuk yang hendak disampaikan.

Bagi mengurangkan faktor-faktor di atas berlaku pada kita. Saya menyarankan anda untuk Skripkan Ucapan anda sebelum mula berucap atau membentang sesuatu topik kepada audiens anda.

Secara jujurnya, saya juga mengalami saat-saat gementar sewaktu mula berkecimpung dalam bidang motivasi ini. Namun apabila saya mula skripkan ucapan yang saya akan ucapkan kepada audien saya. Tahap keyakinan saya mula naik. Penyampaian saya juga mula bertambah bagus.

 

 

Orang yang sudah pakar dalam berucap juga masih skripkan ucapan mereka apabila mereka perlu berucap pada topik-topik yang baru dan bukan dalam bidang mereka. Jika mereka tidak skripkan pun, sekurang-kurangnya mereka menulis poin-poin penting yang dapat dihubungkan isinya.

Kebaikkan yang kita peroleh dengan skripkan ucapan kita ialah :

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Pasti anda akan tertanya “Bukankah dengan skripkan ucapan saya nampak lebih tidak profesional ?” 

Bagi saya, lebih baik skripkan ucapan kita daripada kita tidak bersedia 100% akan apa yang mahu diucapkan. Memang tidak dinafikan ada pembicara yang boleh berucap tanpa skrip. Bahkan mereka tidak perlu ada poin. Namun cuba perhatikan setiap kata-kata mereka. Adakah mempunyai isi atau kupasan yang mantap ?

Ingat ! skripkan ucapan untuk kita berlatih berbicara apa yang kita mahu tuturkan. Bukan untuk baca skrip tersebut di hadapan audien sambil memegang kertas skrip kita.

Dengan skrip ucapan. Saya yakin kita mampu menyediakan kupasan yang mantap dan menarik. Skrip ini hanya dilakukan sekali sahaja. Selepas itu, tanpa disedari kita akan ingat hampir setiap patah perkataan untuk kita berucap di hadapan audien setelah berlatih atau beraksi  beberapa kali.

Selamat mencuba teknik ini semua… (^_^)

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.