fbpx

SeniBicara : Semai Satu Benih INSPIRASI

Selepas ucapan atau penyampaian kita. Kita mahu audien yang hadir selepas keluar dari dewan atau bilik seminar mengambil tindakan atau mengubah cara berfikir mereka.

Untuk pastikan ini berlaku. Anda perlu fokus pada 1 benih yang mahu disemai di dalam minda dan hati audien anda. Seterusnya pastikan ia memberi inspirasi pada mereka. Inilah yang saya maksudkan dengan Semai Satu Benih INSPIRASI.

Tip SeniBicara 5.005-001

Salah satu cara untuk sampaikan mesej yang mantap kepada audien kita ialah dengan memilih satu MESEJ/TOPIK yang mahu disampaikan dan gabungkan dengan elemen logik dan emosi. Jika anda buntu untuk kembangkan idea tersebut. Mulakan dari mana-mana sahaja. Mungkin dengan logik dahulu kemudian pilih topik yang sesuai atau dengan emosi dahulu. Apa yang penting di sini ialah untuk pastikan anda mempunyai matlamat yang jelas untuk sampaikan input kepada audien anda.

Salah satu kesilapan besar penyampai ialah apabila mereka mahu sampaikan seluruh pengalaman, pelbagai topik dan input dalam satu sesi ucapan. Bagi saya apabila anda fokus pada satu topik untuk disampaikan. Anda akan menjadi hebat dan pakar dalam topik itu. Ianya umpama satu laser yang difokuskan pada satu titik.

laser

Kesimpulannya, apabila anda mempunyai mesej yang jelas untuk disampaikan. Audien anda akan nampak dengan jelas dan sekurang-kurangnya mesej tersebut boleh melakukan anjakan minda mereka atau menyebabkan mereka melakukan sesuatu tindakan yang baru selepas mendengar ucapan atau penyampaian anda.

Salam SeniBicara dari saya,

Syed Faizal

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.