fbpx

SENIBICARA : Latihan Mimik Muka

Sebagai seorang penceramah, guru, jurulatih, mahasiswa atau sesiapa sahaja. Penguasaan mimik muka merupakan satu aspek yang paling penting. Audien kita akan lebih faham akan pengucapan yang kita sampaikan apabila kita menggabungkan elemen mimik muka di dalam bicara kita.

Antara mimik muka yang penting ialah Gembira, Sedih, Marah, Serius & Hairan.

Saya ingin berkongsi dengan saudara saudari semua sebuah video Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu Piala Perdana Menteri 2012. Saksikan bagaimana mimik muka pemidato ini mampu menarik perhatian dan fokus audiennya terhadap dia.

 

Hebat bukan. Adakah anda teruja ? Saya sangat teruja waktu kali pertama saksikan video ini. Tahap penguasaan mimik muka pemidato ini sangat baik.

Kita juga boleh mahirkan diri kita dengan mimik muka yang saya fokuskan di atas iaitu Gembira, Sedih, Serius, Terkejut & Marah.

Berikut latihan yang saudara saudari boleh lakukan di rumah atau sewaktu latihan pembentangan anda.

Cuba berdiri di hadapan cermin dan perhatikan perubahan wajah anda mengikut gambar-gambar di bawah ini.

Untuk tunjukkan mimik muka GEMBIRA. Anda hanya perlu tarik pipi anda ke arah belakang sedikit. Saya tidak maksudkan senyum di sini. Untuk latihan senyum. Saya akan kongsikan pada artikel saya yang berikut. Di sini saya hanya mahu anda latih mimik muka gembira sahaja. Cuba Baca skrip di bawah ini sambil menarik pipi ke belakang.

Skrip : Saya percaya… tuan-tuan dan puan-puan hadir ke seminar saya hari ini untuk mengetahui teknik-teknik berbicara yang berkesan. (perkataan yang di gelapkan sebagai tanda untuk kita gembira)

Bagi mimik muka SEDIH pula, kita perlu turunkan sedikit kening kita sambil merendahkan intonasi suara. Beri perhatian juga pada bibir kita. Bibir kita perlu muncung sedikit ke hadapan. Namun jangan terlalu muncung. Takut nampak seperti itik pula. (^_^)

Skrip : Tuan-tuan… saya sangat tersentuh…dengan kisah adik ini…

Mimik muka SERIUS merupakan antara mimik muka kesukaan saya. Saya suka gunakan mimik muka ini ketika mahu tekankan poin-poin penting di dalam ceramah saya bersama pelajar atau korporat. Caranya ialah kerutkan dahi anda sambil turunkan kening. Mata juga perlu mengecil sedikit.

Skrip : Saudara saudari sekalianhidup ini hanyalah sementara. Berbuatlah baik kepada orang di sekeliling kita selagi nyawa di kandung badan.

Mimik muka TERKEJUT pula dilakukan apabila kita ingin sampaikan perkara-perkara yang mengejutkan, hairan, fakta atau hujah yang tidak dapat di terima. Caranya ialah dengan menaikkan kening kita dan membesarkan mata.

Skrip : Tuan-tuan… saya sangat hairan dengan suasana masyarakat sekarang ini…  

Mimik muka MARAH juga penting apabila kita mahu zahirkan pendirian kita terhadap sesuatu perkara. Caranya ialah dengan merapatkan gigi langit (gigi bahagian atas) & gigi bumi (gigi bahagian bawah). Dahi juga perlu dikerutkan.

Skrip : Saya sangat marah dengan sikap pelajar yang tidak mengambil berat pelajaran mereka.

Semoga perkongsian saya berkenaan latihan mimik muka sedikit sebanyak membantu anda semua.

Salam SeniBicara dari saya Syed Faizal.

Program SeniBicara SyedFaizal merupakan sebuah Program Motivasi & Teknik Komunikasi & Kepemimpinan. Modul ini sesuai untuk dijalankan kepada PRS, Pengawas, Unit Beruniform, Kelab, Persatuan, Mahasiswa-Mahasiswi atau mana-mana kumpulan sasaran yang mahu dipertingkatkan aspek komunikasi & kepemimpinannya.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.