fbpx

SeniBicara™ | 3 Kesilapan Penyampaian (Presentation Skills)

Salam sejahtera buat anda yang sedang membaca artikel saya ketika ini. Semoga hidup anda sentiasa dibawah rahmat tuhan. (^_^)

Berbicara tentang Penyampaian Berkesan (Effective Presentation). Ramai yang tidak mempunyai kemahiran yang mantap di dalam menyampaikan poin melalui PowerPoint. Hal ini berlaku mungkin kerana ramai dari kalangan kita yang berkelulusan pendidikan tinggi tidak di dedahkan dengan kursus-kursus kemahiran pembentangan sewaktu belajar dulu. Maka apabila kita memasuki alam pekerjaan, pembentangan kita tetap seperti di alam IPT dulu. Bosan, hambar dan kurang berkesan.

© SeniBicara™ SyedFaizal | 2013
© SeniBicara™ SyedFaizal | 2013

Berikut merupakan 3 Cara yang anda boleh lakukan untuk menjadikan penyampaian anda bertambah baik.

1. Jangan Sampaikan Fakta Tanpa Emosi

  • Apabila anda hanya menyampaikan fakta tanpa unsur emosi. Anda mungkin akan kehilangan hubungan (connection) antara kita dengan audien.
  • Selitkan cerita atau analogi untuk menyampaikan fakta dan hujah anda.

2. Jangan Baca dari Slaid

  • Powerpoint merupakan sebuah teknologi yang cukup hebat untuk proses penyampaian (presentation). Jangan jadikannya seperti sebuah alat yang membosankan dengan hanya membaca dari slaid secara terus menerus.
  • Audien anda boleh baca terus di skrin. Anda tidak perlu membacakannya. Anda hanya perlu memetik beberapa perkataan yang ada di slaid lalu terus lihat audien untuk menyampaikan ucapan anda.

3. Jangan Gunakan Konsep dan Grafik yang Sukar Difahami

  • Di dalam penyampaian anda, jangan gunakan teori,grafik atau konsep yang terlalu susah untuk difahami oleh audien. Kesalahan besar yang sering dilakukan oleh si penyampai ialah, mereka menganggap audien sudah tahu atau memahami konsep,teori dan grafik yang akan dipaparkan.
  • Hasilnya, selepas selesai pembentangan. Audien berada di dalam keadaan kebinggungan sedikit dan akan mula sakit hati dengan penyampai (presenter) tersebut. (Percayalah saya sering alami rasa ini apabila si penyampai beranggapan demikian)

********************************************************************************

© SeniBicara™ SyedFaizal | 2013
© SeniBicara™ SyedFaizal | 2013

 

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.