fbpx

SENIBICARA : Jambatan Kefahaman

Sebagai seorang pembentang atau pembicara. Kita perlu tahu konsep JAMBATAN KEFAHAMAN.

Sebagai seorang pembicara, kita akan hadapi beberapa cabaran jika kita tidak memahami JAMBATAN KEFAHAMAN ini.

Antara cabarannya ialah, audien mungkin tidak akan faham bicara kita. Kita juga akan hadapi kesukaran untuk memuaskan audien kita dengan penyampaian ilmu kita.

JAMBATAN KEFAHAMAN yang saya maksudnya ialah seperti di bawah ini :

Sekiranya kita mahu menjadi pembentang yang hebat dan mantap. Fahami konsep ini.

Pembicara + Mesej + Audien = Jambatan Kefahaman

Dengan tiga komponen di atas, maka JAMBATAN KEFAHAMAN terbentuk. Sebagai pembicara kita perlu selami dan fahami input yang kita hendak sampaikan. Saya sering lihat sewaktu di IPT dahulu, rakan-rakan menyampaikan pembentangan mereka di mana mereka sendiri pun tidak faham apa yang disampaikan.

Mesej pula lebih baik jika kita dapat permudahkan dan pendekkannya. Percayalah. Kita tidak perlu risau jika mesej kita pendek. Namun risaulah jika audien akan mula bosan dengan mesej kita yang panjang.

Audien pula menentukan keberkesanan penyampaian mesej kita. Sekiranya audien kita mempunyai tahap intelektual yang sederhana atau tinggi. Kita mungkin mudah untuk sampaikan input kita. Namun jika kita berhadapan dengan golongan audien yang sukar untuk memahami kita. Kita tetap dikira gagal jika mereka tidak faham bicara kita.  Untuk itu, kita perlu tahu siapakah audien kita supaya kita boleh hubungkan mesej kita mengikut tahap intelektual audien kita.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.