fbpx

SeniBicara™ | Gunakan 3M Membina Ucapan/Penyampaian

Sebuah ucapan/penyampaian perlu mempunyai 3M bagi memastikan ucapan tersebut berbaloi untuk didengari oleh audien anda. 3M yang saya maksudkan di sini bukan Membaca,Mengira,Menulis…. (^_^)…

3M ialah :

  1. Message
  2. Messenger
  3. Method

*********************************************************************

  • MESSAGE

Di dalam ucapan/penyampaian. Perkara paling penting ialah “Message“. Ini bermaksud bukan sekadar maklumat yang anda hendak sampaikan namun ianya perlu lebih besar daripada itu.

Message” yang hendak disampaikan mestilah mempunyai NILAI yang mampu mengubah keadaan minda dan hati audien. Message anda harus mampu membuatkan audien BERFIKIR akan apa yang anda sampaikan. Pastikan syarat-syarat ini membuatkan “Message” anda berbaloi untuk didengari oleh audien.

  • Anda mahu mereka tahu mengenai mesej tersebut.
  • Anda mahu mereka terpengaruh dengan NILAI yang disampaikan.
  • Anda mahu mereka amalkan kebaikkan nilai tersebut di dalam hidup mereka.

Perhatian!!! pastikan apabila mesej yang anda mahu sampaikan itu sekurang-kurangnya 70% hasil ciptaan atau gubahan anda. Ini bermaksud anda tidak perlu meniru 100% daripada orang lain.

Saya pernah hadiri satu seminar di mana penyampai tersebut meniru hampir 90% mesej daripada penceramah lain. (Kebetulan saya kenal juga penceramah tersebut) Sewaktu itu saya terfikir, mengapa saya perlu dengar mesej “Second Hand” ini ? Baik saya dengar terus dari penceramah yang asal “Original”.

Oleh itu, pastikan ucapan atau penyampaian anda sekurang-kurangnya 70% tulen daripada anda sendiri. Jadilah diri anda!!! Anda unik!!!

*********************************************************************

  • MESSENGER

Mesej yang disampaikan sudah tentu daripada seorang “MESSENGER“. Messenger tersebut tentulah anda!!!….

Untuk itu, jadilah diri anda sendiri. Usah meniru seperti orang lain 100%.  Apabila anda menjadi diri anda sendiri. Barulah mesej yang hendak disampaikan akan menyentuh hati dan pemikiran audien anda.

Gunakan Bahasa badan yang betul sebagai seorang MESSENGER. Audien lebih memahami kita apabila bahasa badan yang betul digunakan. Jangan jadi seperti sebuah patung dihadapan mereka.

*********************************************************************

  • METHOD

aspek ketiga ialah Metod. “Message” yang disampaikan oleh “Messenger” akan menjadi lebih berpengaruh jika digunakan “METHOD” yang betul.

Seorang penyampai yang tidak menggunakan kaedah atau teknik yang betul untuk menyampaikan mesejnya. Ibarat seperti merosakkan dirinya sendiri. Penyampai seperti ini dilihat seperti sombong.

Salah satu cara terbaik untuk anda melihat ini ialah dengan merakam sendiri diri anda ketika menyampaikan pembentangan atau ucapan. Kemudian lihat video itu bersama rakan baik anda. Mengapa saya minta anda tonton dengan rakan baik anda ? Adakah jika anda seorang  sahaja yang menonton akan melihat video tersebut dari awal hingga akhir. Tentu tidak bukan (^_^)

Tanyakan beberapa soalan ini kepada rakan anda selepas menonton video tersebut.

  • Apakah NILAI mesej yang anda mahu sampaikan ?
  • Adakah beliau setuju dengan apa yang disampaikan ?
  • Apakah perkara yang boleh diperbaikki untuk penyampaian akan datang ?
  • Apakah perkara yang anda telah lakukan dengan bagus ?
  • Apakah yang beliau mahu anda lakukan lain daripada lain ?

Ambillah pandangan rakan anda itu dan cuba perbaikki. Lihatlah kesannya nanti.

Salam SeniBicara dari saya SyedFaizal.

3 November 2013.

______________________________________________________________

Pengucapan Awam atau Kemahiran Penyampaian merupakan antara kemahiran penting bagi setiap individu. Seorang penyampai yang bagus dilihat mempunyai karisma yang tinggi dan pengaruh yang kuat di dalam rangkaian sosialnya. (Tempat Kerja/Tempat Belajar)

Justeru itu, Group Facebook : SeniBicara™ SyedFaizal diciptakan bagi membantu pelajar IPT dan golongan profesional dalam memantapkan kemahiran penyampaian dan pengucapan awam.

Sesiapa yang berminat. Boleh sertai grup tersebut dengan klik link di bawah ini :

https://www.facebook.com/groups/senibicara/

Apakah itu SeniBicara™ ? Dapatkan gambarannya di sini :

http://syedfaizal.net/?page_id=204

Poster SyedFaizal keynote 104.104

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.