fbpx

SeniBicara™ | Bicara Memori

Sebagai seorang penyampai (Presenter). Kita perlu tahu dan faham bahawa audien kita mempunyai bicara memorinya yang tersendiri. Bahkan kita sebagai manusia mempunyai bicara memori yang sama dengan orang lain. Tahukah anda apakah itu Bicara Memori ?

SeniBicara at PLF Showcase 21.021

Bicara Memori yang saya maksudkan ialah di mana Otak kita memproses sesuatu maklumat atau ingatan  berbentuk GAMBAR. Gambar tersebut boleh jadi gambar suasana dewan sewaktu kita belajar atau diajar, gambar si penyampai, gambar sesuatu objek yang kita pelajari dan fungsi-fungsinya dan pelbagai kemungkinan lagi. Tidak dinafikan memang kita akan ingat juga dalam bentuk bunyi atau perasaan. Namun aspek besar yang menjadi Bicara Memori (ingatan memori kita) ialah GAMBAR.

Jika anda tidak percaya, cuba beritahu saya apakah yang terlintas di minda anda apabila saya menyebut Guru Sejarah anda? Pengetua sekolah anda dulu ? Apakah program motivasi yang pernah anda pergi dan anda rasa seronok ? Apakah hari yang menyeronokkan anda ? Bilakah kali terakhir anda pergi bercuti bersama keluarga ?

Tentu anda terbayang semuanya dalam bentuk GAMBAR bukan ? Mungkin anda pergi bercuti ke Cameron Highland lalu anda terbayang suasana sewaktu di sana, terbayang suasana guru sejarah sedang mengajar, rupa Pengetua sekolah anda sewaktu di perhimpunan dahulu, keadaan (gambar) diri anda sewaktu sedang berseronok pada hari-hari tertentu.

Inilah yang saya maksudkan dengan Bicara Memori. Dengan memahami perkara ini. Sebagai seorang penyampai. Kita perlu memudahkan proses pemindahan maklumat ataupun proses mencipta gambar di dalam minda audien kita. Di sinilah kekuatan dan kuasa PowerPoint/Flip Chart/Props/Poster diperlukan. (^_^)

Lihat Proses Pemindahan Maklumat di bawah ini :

Screen shot 2013-12-25 at 3.14.01 AM

 

Sebagai Presenter. Kita boleh menggunakan PowerPoint untuk VISUAL kan input yang kita mahu sampaikan. Kita juga boleh menggunakan kuasa linguistik (perkataan) kita untuk mencipta gambar di dalam minda audien kita. Untuk memantapkan lagi Bicara Memori ini. Kita boleh menggunakan perasaan atau pergerakkan bagi menyauh (anchor) gambaran minda di dalam minda audien kita. Seronok bukan ??? wow!!!

Seterusnya audien kita akan teransang kerana semua aspek sensori memori mereka digunakan oleh presenter iaitu Visual, Auditori dan Kinestetik.

Selepas 48 jam penyampaian kita (Short Term Memory), selalunya audien akan ingat apa yang kita sampaikan dalam 90%. Sebagai contoh, lihat komen Facebook di bawah ini oleh Tuan Khairul Asyraf yang sedang berkongsi apa yang dipelajari oleh beliau bersama saya semalam. (short term memory)

Screen shot 2013-12-25 at 3.32.25 AM

 

Bagi memastikan audien anda boleh ingat untuk jangka panjang (Long Term Memory). Mereka sendiri yang perlu amalkan apa yang kita sampaikan. Sesungguhnya apabila kita dapat amalkan sesuatu maklumat yang kita dapat. Di situlah terhasilnya ilmu yang akan menjadi cahaya bagi kita.

Beza antara maklumat dengan ilmu bagi saya ialah, maklumat sekadar kita tahu. Ilmu ialah apabila kita praktikkannya. Di situlah kita boleh memanggil diri kita sebagai pakar.

Sebagai contoh, Ada orang tahu (maklumat) solat itu wajib. Namun tidak mengerjakannya. Ada orang tahu dan mengamalkan (ilmu). Jika kita sebagai penganjur program motivasi Smart Solat. Adakah kita akan menjemput seorang penceramah yang tahu sahaja atau berilmu. hehehe Anda fikirkan….

 

Semoga bermanfaat perkongsian SeniBicara™ SyedFaizal saya kali ini….

Saya suka berkongsi teknik-teknik Presentation Skills!!!!

SeniBicara

 

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.