fbpx

SeniBicara : Berhubung dengan Mereka

Assalamu’alaikum dan salam sejahtera buat kenalan dan sahabat semua. Rasanya sudah hampir 2 bulan saya tidak menulis perkongsian mengenai SeniBicara SyedFaizal saya (Presentation Skills).

Perkongsian kali ini, saya ingin memberitahu pada para pembentang semua. Apabila kita sedang memberi ucapan atau membentang (present). Pastikan anda berhubung dengan audien anda. Ramai pembentang yang saya lihat apabila mereka sedang menyampaikan pembentangan mereka. Mereka sedang bercakap seorang diri dalam dunia mereka. Dalam bahasa remaja pula maksudnya “Syok Sendiri” (^_^)

Cadangan saya untuk menarik minat dan perhatian audien. Anda boleh menggunakan topik-topik atau poin yang berkaitan dengan “Self-Belonging”, “Self-Interest”, “Self-Actualization” atau “Hope for the Future”. Poin-poin seperti ini memang amat mudah untuk menarik minat dan perhatian audien sekaligus memudahkan anda sebagai pembentang untuk berhubung dengan mereka.

Perkara – perkara ini akan membuat ucapan anda fokus kepada minda audien, kreativiti, kepimpinan mereka, kegembiraan, motivasi untuk sukses dan bernilai untuk didengari. Dengan menyentuh topik seperti di atas, anda secara tidak langsung akan menyentuh 4 perkara lain iaitu :

  1. Love & belonging
  2. Desire & Interest
  3. Personal Development
  4. Hope & Change

keempat-empat perkara ini memang sangat menarik dan akan menarik minat audien untuk mendengar dan membuatkan anda mampu berhubung dengan mereka.

Mari saya kongsikan salah satu contoh yang biasa saya lakukan apabila saya mahu melakukan penyampaian Program Motivasi & Bimbingan IBUBAPA BEST saya.

Apabila pengerusi majlis serahkan mikrofon kepada saya untuk memulakan sesi ceramah. Antara poin yang saya akan utarakan bagi berhubung dengan para ibubapa ialah,

Program Motivasi & Bimbingan IBUBAPA BEST di SK Bangsar 2014
Program Motivasi & Bimbingan IBUBAPA BEST di SK Bangsar 2014

“Tuan-tuan dan puan-puan, siapakah di antara anda semua yang mahukan anaknya berjaya dalam akademik sekolah… angkat tangan…” (Desire & Interest)

“Siapakah yang mahukan anaknya menjadi anak yang disayangi oleh para guru…” (Love & Belonging)

“Siapakah yang mahu menjadi IBUBAPA yang BEST…” (Hope & Change)

(^_^)

dengan melontarkan topik atau soalan seperti ini, saya secara tidak langsung sudah menarik perhatian para ibubapa dan berhubung dengan mereka untuk meneruskan penyampaian saya dengan berimpak tinggi (^_^)

Semoga bermanfaat buat para jurulatih, penceramah, motivator, fasilitator, konsultan, pendakwah, guru-guru, kaunselor, pensyarah, tenaga profesional dan mahasiswa sekalian…

Salam SeniBicara dari saya….

SyedFaizal S. Rahman
Jurulatih Kemahiran Penyampaian & Pengucapan Awam
SYEDFAIZAL Training & Consultant
 
Seni Bicara Syed Faizal.005

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.