fbpx

SeniBicara : Berbicara dengan Ringkas & Mudah

Salah satu tips yang amat penting dalam membentangkan idea atau ucapan kita kepada audiens ialah jadikan ucapan kita ringkas dan mudah untuk difahami.

Penerangan yang terlalu panjang akan membuatkan otak audiens kita bosan. Otak juga boleh letih akibat daripada usaha otak mereka untuk cuba memahami ucapan kita. Bukankah kita tidak mahu audiens bosan dengan ucapan kita ? (^_*)

Selalunya ucapan yang ringkas lebih bermutu daripada ucapan yang berderet-deret. Sebagai contoh, Ucapan Abraham Lincoln yang menaikkan semangat tenteranya di dalam Peperangan  Gettysburg hanya mengambil masa 2 minit sahaja.

Namun bukan saya maksudkan berucap hanya 2 minit sebagai penanda “Ringkas dan Mudah” . Ucapan yang baik ialah ucapan yang mengambil masa antara 5 ke 20 minit. Dalam jangka masa ini fokuskan ucapan kita pada idea yang kita mahu sampaikan kepada audiens kita.

Berikut beberapa perkara yang kita boleh lakukan bagi memudahkan ucapan kita :

  •  Fokus Topik Utama

Selalunya, orang yang baru menceburi bidang pengucapan awam akan cuba membuatkan hadirin kagum dengan ucapan mereka. Namun dalam usaha untuk kagumkan hadirin. Mereka terpesong jauh daripada fokus utama topik utama mereka. Mudahkan ucapan dan ringkaskannya dengan fokus pada topik utama.

Sediakan 3 poin utama bagi setiap topik utama yang kita mahu perkatakan. Sebagai contoh, Apabila saya membincangkan potensi otak kanan dengan pelajar saya. Saya akan petik 3 poin utama fungsi otak kanan iaitu imaginasi, emosi dan muzik.

Maksudnya, Topik utama saya “Fungsi Otak Kanan”. 3 poin utama pula Imaginasi…. Emosi…. Muzik…  Selepas habis huraikan 3 poin utama. Saya akan ke Topik Utama lain pula. Dengan cara ini audiens lebih mudah memahami apa yang kita mahu sampaikan dan otak mereka tidak rasa terlalu berat untuk memproses maklumat-maklumat yang kita sampaikan.

  • Buang Isi Kosong

Mulakan ucapan dengan terus ke input yang mahu diperkatakan. Perkara yang perlu diketahui oleh hadirin kita. Kata-kata aluan yang berjela-jela tidak perlu.

Saya sentiasa memulakan program saya dengan puji-pujian kepada ALLAH, selawat dan terus kepada skrip yang mahu disampaikan. Biasanya saya akan ucapkan terima kasih kepada pihak penganjur di tengah-tengah program atau di akhir program. Cara ini lebih efektif daripada kata-kata aluan di awal program.

  • Ulangi Perkara Penting

Sewaktu memberi ucapan, ulangi perkara penting sekiranya ia perlu diulangi. Perkara penting yang sering di ulang akan melekat di ingatan audiens kita.

Sebagai contoh, saya sering ulangi perkara penting di dalam program Team Building saya seperti ini :  “Jangan jadikan masalah sebagai masalah tapi jadikan sebagai satu cabaran.”

Hasilnya pelajar akan ingat apa yang cuba tekankan. Ini buktinya :

Kem ini sangat best. Dapat memberi kita semangat untuk belajar dan menyesuaikan diri dengan orang ramai. Merapatkan ukhwah silaturrahim antara pelajar dan penceramah. Dapat tahu untuk duduk di tempat selesa kita harus tempuhi banyak dugaan dan cabaran. Dan jangan jadikan masalah sebagai masalah. Tapi lihat sebagai CABARAN. – Nur Fatin Hidayah Bt. Hamzah, Semester 3 , DBF.
Satu program yang sangat memberansangkan dan dapat membentuk satu nilai positif dalam diri saya. “Jangan jadikan masalah sebagai masalah tapi jadikan sebagai satu cabaran.” kata-kata yang saya cukup kagum dan mempunyai sejuta nilai yang telah menjadikan saya untuk lebih yakin dan berani. – Alyaa Syahira Bt. Abd Rahaman, Diploma in Islamic Banking & Finance, Semester 3.

Semoga perkongsian ini bermanfaat buat anda semua… (^_^)

SeniBicara SyedFaizal merupakan sebuah program motivasi & Teknik presentation, komunikasi dan kepimpinan yang dirangka untuk pelajar sekolah dan IPT.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.