fbpx

SeniBicara™ | ABCDEFG untuk Presentation Skills

Adakah anda mahu menjadi seorang Presenter yang Profesional. Tidak kira samada anda berada di Universiti, di tempat kerja mahupun sedang melakukan presentation untuk urusan bisnes. Amalkan petua “ABCDEFG” ini untuk penyampaian anda.

Screen shot 2013-11-06 at 8.57.51 PM
© Modul SeniBicara™ SyedFaizal

AUDIEN

Salah satu tujuan utama kita melakukan penyampaian adalah untuk memenangi hati dan fikiran audien supaya mereka bersetuju dengan pendapat kita atau menerima fakta dan hujah yang kita sampaikan. Untuk itu, penuhi syarat-syarat ini :

  • Fokus untuk memenuhi kehendak mereka
  • Kagumkan mereka dengan persembahan anda
  • Jadikan penyampaian anda diingati oleh mereka
  • Sampaikan hujah atau idea yang bernas dan boleh diterima
  • Pastikan mereka tertarik untuk mendengar dari awal hingga akhir
  • Berikan pelan tindakan di hujung penyampaian anda.
  • Jadilah diri anda sendiri dan tidak perlu meniru 100% seperti orang lain
Screen shot 2013-07-11 at 8.28.40 PM
SyedFaizal bersama 150 orang pelajar anjuran DBKL

BERNAFAS

Lakukan senaman pernafasan sebelum melakukan penyampaian. Ini membolehkan anda menerima oksigen yang banyak dan menjadikan diri tenang dan relaks.

Cari ruang yang tenang di mana anda tidak akan diganggu. Pejamkan mata dan fokus terhadap proses pernafasan anda. Tarik nafas sedalam-dalamnya dan tahan dalam kiraan 3 kemudian lepaskan nafas tersebut. Lakukan beberapa kali sambil membayangkan diri anda akan beraksi di hadapan audien dengan sungguh mantap dan meriah. Audien memberikan respon yang bagus. Bayangkan juga diri anda daripada kaca mata orang ketiga. Anda sedang melihat diri anda dengan kagum dan terpesona kerana penyampaian yang menarik serta berisi.

Buka mata dan tujulah ke tempat “Presentation” anda.

Saksikan Video dibawah ini sebagai input tambahan.

Creative Pause

Sebahagian detik-detik yang menarik ialah ketika anda melakukan “Creative Pause” iaitu berhenti sebentar ketika sedang bercakap dalam 1 ke 3 saat. Dengan mengetahui bagaimana dan di mana untuk melakukan “Creative Pause” ini akan menjadikan penyampaian anda lebih menarik pendengaran dan fokus audien. Antara sebabnya :

Untuk menjadikan audien tertanya-tertanya. Contohnya “Tahukah tuan-tuan apakah rahsia dan formula utara orang-orang yang menjadi jutawan di luar sana…….(berhenti sebentar 1 ke 3 saat)…….

  • Untuk melakukan “Punchline” jenaka atau lawak.
  • Untuk menunggu audien kita diam selepas mereka ketawa
  • Untuk memberikan audien masa bagi berfikir dengan diri mereka sendiri
  • Untuk menunjukkan diri anda kelihatan profesional dan dalam kawalan.

Dengar Soalan

Ketika melakukan penyampaian, akan berlaku saat dan ketika di mana audien anda akan bertanyakan soalan. Jika ini berlaku. Anda mempunyai 2 pilihan. Antara jawab terus soalan mereka atau memberitahu mereka jawapan untuk soalan ini akan diberitahu di hujung sesi penyampaian ini.

Cara ini lebih profesional dan membuatkan audien lebih dihargai. Sesetengah penyampai ada yang melihat rendah akan kepentingan soalan yang ditanya oleh audien mereka. Jangan lakukan seperti itu!!!!

Bagaimanapun ada 2 perkara yang anda perlu tahu. Pertama, jika anda berjaya menjawab soalan atau menguruskan soalan itu dengan bagus. Kredibiliti anda akan naik di hadapan audien. Jika anda gagal memenuhi pertanyaan audien. Saham atau imej diri anda akan jatuh. Dan apabila ini berlaku, akan muncul tanggapan negatif terhadap anda oleh audien.

Listen sbsf
Mendengar dengan baik sewaktu penyampaian menunjukkan anda seorang yang prihatin

Ending

Bahagian penutup di dalam penyampaian merupakan bahagian yang penting. Di dalam Bahasa Inggeris pepatah menyebut “if first impressions win you the audience, it is final impressions that last. Jadikan penutup anda :

  • Simple : Kata-kata akhir mudah dan boleh diingati lama.
  • Directness: Pastikan mesej akhir ini kuat untuk didengari dan jelas.  Audien perlu tahu apakah yang mereka perlu lakukan seterusnya.
  • Something unexpected: Jika boleh lakukan gimik atau sesuatu yang diluar jangkaan audien.

First Impression

Jangan lupa!!! sebelum melakukan penutup yang mantap. Pembukaan yang mantap juga perlu. Apabila kita mula beraksi. Minda dan hati audien sedang menantikan sesuatu yang membuatkan mereka boleh tertarik dan menyebabkan mereka berbaloi untuk tunggu sehingga penyampaian anda tamat.

Jadikan mereka menjadi “WOW”… supaya mereka akan terus mendengarkan anda.

Gestures

Cuba kuasai 7 Gestures ini untuk menjadikan diri pakar dalam penyampaian.

  1. Directing : Menunjukkan tangan ke arah sesuatu atau orang.
  2. Describing : Menggunakan tangan untuk menggambarkan sesuatu.
  3. Counting : Mengira dengan pergerakkan tangan
  4. Signal : Melakonkan sesuatu simbol. Contohnya apabila menyebut BERHENTI!!
  5. tangan anda menunjukkan tapak tangan berhenti.
  6. Stand By Mode : Tangan sentiasa di hadapan anda dalam posisi terbuka
  7. Receiving Mode : Tangan kiri dan kanan bergabung dan direndahkan sedikit. Posisi di hadapan pusat perut anda.
  8. Holding : Pergerakkan tangan memegang sesuatu.
gestures sbsf
Jangan lakukan pergerakkan tangan seperti ini ya sewaktu penyampaian hehehe

Setiap pergerakkan tangan anda pastikan menjadikannya bermakna dengan “Right Gestures“. Untuk lebih berkesan. Rakamlah diri anda dan lihat semula dari awal hingga akhir. Mana-mana pergerakkan tangan yang kurang tepat. Anda boleh perbaikkinya.

Salam SeniBicara dari saya SyedFaizal.6 November 2013. 
 ______________________________________________________________
Pengucapan Awam atau Kemahiran Penyampaian merupakan antara kemahiran penting bagi setiap individu. Seorang penyampai yang bagus dilihat mempunyai karisma yang tinggi dan pengaruh yang kuat di dalam rangkaian sosialnya. (Tempat Kerja/Tempat Belajar)Justeru itu, Group Facebook : SeniBicaraSyedFaizal diciptakan bagi membantu pelajar IPT dan golongan profesional dalam memantapkan kemahiran penyampaian dan pengucapan awam.Sesiapa yang berminat. Boleh sertai grup tersebut dengan klik link di bawah ini :https://www.facebook.com/groups/senibicara/Apakah itu SeniBicara™ ? Dapatkan gambarannya di sini :

http://syedfaizal.net/?page_id=204

Poster SyedFaizal keynote 104.104

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.