fbpx

SeniBicara : 4 Petua Berucap

Assalamu’alaikum dan salam sejahtera kenalan semua, bagaimana anda sedang lalui musim cuti sekolah atau hujung tahun anda ?

Saya doakan agar para malaikat sentiasa mengaminkan doa-doa anda insyaALLAH. (^_^)

Penulisan saya pada kali ini ialah berkenaan 4 petua yang boleh kita gunakan dalam pengucapan awam. Berikut merupakan petua-petuanya :

1. Skripkan Ucapan Anda

Tidak ada persembahan yang mantap tanpa perancangan awal. Begitu juga dalam pengucapan atau pembentangan kita. Tidak ada pembentangan/ucapan yang mantap tanpa skrip yang sudah ditulis oleh kita sendiri.

Untuk pastikan ucapan kita hebat dan berkesan. Kita perlu tulis skripkan ucapan kita terlebih dahulu. Kemudian kita boleh poinkan butiran-butiran yang hendak disampaikan.

Kita akan lebih yakin dan percaya pada penyampaian ucapan kita sekaligus audiens kita juga dapat tangkap input-input yang kita bentangkan pada mereka. (^_^)

2. Berlatih Berucap

Sudah tentu kita perlu berlatih bagi menampakkan pembentangan kita seperti professional. Dengan berlatih, kita dapat anggarkan waktu ucapan kita. Kadang-kadang apabila kita berlatih membentang/berucap, kita akan merasakan beberapa perkataan yang kita tulis dalam skrip tadi seperti kurang sesuai dan perlu di ubah. Jika ini berlaku, ubah sahaja perkataan itu dengan perkataan yang lebih sesuai.

3. Ringkaskan Ucapan

Lebih baik meringkaskan ucapan dari memanjangkannya. Kita perlu ingat. Yang penting ialah isi ucapan kita. Bukan ucapan yang berjela-jela dan panjang. (^_^)

Audiens lebih suka ucapan yang ringkas dan berfakta daripada ucapan yang panjang dan mengarut-ngarut.

4. Audiens Adalah Rakan Kita

Kita perlu tetapkan minda kita bahawa hadirin yang hadir ialah rakan-rakan kita. Mereka mahu mendengar ucapan kita. Mereka ingin belajar sesuatu dari kita. Dengan cara ini, anda akan rasa lebih yakin untuk berkongsi ilmu bersama mereka.

Ingat!!! mereka ingin dengar apa yang anda hendak sampaikan. Mereka ingin pelajari sesuatu dari anda. Mereka mahu sesuatu dari anda. (^_^)

 

Sekian sahaja perkongsian artikel saya kali ini. InsyaALLAH saya akan kongsikan 4 Petua Pembentangan Power Point pula pada artikel akan datang. Untuk itu, sudi-sudilah click “LIKE” di artikel ini. Jika ianya melebihi 50 LIKE. Saya akan berkongsi 4 petua tersebut.

Program Motivasi & Teknik SeniBicara SyedFaizal

Presentation | Communication | Leadership

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.