fbpx

Seni Bicara : Teknik Membina Keyakinan Berucap

Berbicara di hadapan khalayak ramai bukanlah suatu perkara yang menakutkan lagi. Terdapat beberapa teknik-teknik yang selalunya digunakan oleh pakar penceramah professional untuk membina keyakinan mereka sebelum berucap di atas pentas. Mari kita selongkar dan pelajari teknik-tekniknya.

Memang menjadi kebiasaan bagi sesiapa sahaja apabila diminta untuk berucap di hadapan kelas, bilik kuliah, dewan mahupun di hadapan mana-mana khalayak ramai. Kita akan mengalami masalah “Kurang Keyakinan”. Antara perkara yang biasa bermain di fikiran kita. Apakah mereka mahu mendengar ucapan aku? Apakah aku mampu membuat ucapan aku menarik perhatian mereka? Adakah aku layak untuk bercakap dihadapan mereka? Perasaan gementar mula melanda diri? Degupan jantung mula berdegup dengan kencangnya.

Di sini saya kongsikan beberapa tips yang mungkin dapat bantu diri anda untuk mengatasi masalah-masalah di atas. Antaranya ialah :

1. Bina Emosi Sayang pada diri.

Sebelum berucap. katakan pada diri “saya suka diri saya.” Lakukan perkara ini sehingga anda merasakan ianya telah serap masuk ke dalam hati anda. Kesan perkataan ini sangat berkuasa kerana ia mampu menaikkan keyakinan diri, merendahkan tahap gementar kita. Secara tidak langsung. Minda separa sedar kita mula menerima diri kita.

 

2. Visualisasi/Menggambarkan Diri

Lihat diri anda berdiri dengan penuh keyakinan, tenang, hebat dan tersenyum di hadapan khalayak ramai. Bayangkan diri anda sedang menyampaikan isi-isi ceramah anda pada pendengar atau penonton anda.  Ada 2 teknik yang perlu di guna di sini. Pertama bayangkan anda sedang melihat diri anda dari pandangan penonton. Kedua bayangkan anda sedang melihat penonton anda. Bayangkan juga penonton anda sedang memberi tumpuan dan fokus pada diri anda. Mereka sangat tertarik untuk mendengar input-input anda. (^_^)

3. Bina Skrip Berceramah Anda

Ini adalah teknik yang sangat selamat bagi mahasiswa untuk menyampaikan ‘presentation’ mereka. Sebelum membuat presentation. Lakukan ini :

Langkah pertama : Bina skrip presentation anda dari awal hingga akhir.

Langkah kedua : Cuba praktiskan skrip ini agar lancar untuk anda menyampaikannya. Lagi bagus bila anda melakonkan aksinya sekali.

Langkah ketiga : Ambil kata kunci sahaja dan pindahkan pada Flash Card sebesar tapak tangan sahaja.

Langkah keempat : Praktis lagi dengan menggunakan Flash Card sahaja.

 

Teknik ketiga ini sangat berkesan dan mudah untuk aplikasinya jika anda benar-benar mahu tampil hebat dalam presentation anda.

Ini adalah teknik yang saya cipta dan amalkan sendiri sewaktu di alam pengajian IPTA saya di UiTM, Malaysia. Saya tidak sangka teknik yang saya gunakan ini telah membantu saya untuk meraih tempat pertama di dalam kelas saya sebagai BEST PRESENTER for Business English Subject (BEL). (^_^)

Hari ini setiap kali apabila saya menjalankan program komunikasi bersama pelajar sekolah dan mahasiswa IPTA/IPTS. Mereka akan sangat suka dengan teknik ini kerana ianya mudah dan kesannya dapat dilihat.

Selamat mencuba semua….semoga anda lebih hebat dalam Seni Bicara….(^_^)

*Flash Card ialah kertas yang dipotong sebesar tapak tangan.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.