fbpx

Seni Bicara : Teknik Berbicara 1

Salam rahmat buat semua. Tertarik saya untuk berkongsi beberapa teknik atau tips yang saya sering gunakan dalam dunia latihan & motivasi saya semasa berucap di hadapan orang ramai.

Ramai yang gugup untuk berbicara di hadapan khalayak ramai.

Memang diakui, semua manusia pun bila diminta bercakap di hadapan orang. Pasti akan berasa takut dan risau. Antara yang biasa dirisaukan ialah tidak tahu hendak cakap apa, takut-takut kalau pendengar atau penonton tidak layan atau respon terhadap persembahan kita dan banyak lagi faktor-faktor lain yang saya fikir anda sudah pun sedia maklum ketahuinya.

Namun, perkongsian saya di sini bukanlah saya hendak ketengahkan faktor-faktor itu. Saya percaya setiap orang ada nilai-nilainya yang tersendiri yang membuatkan mereka mampu berbicara dengan gaya dan aura tersendiri. Oleh sebab itu, saya ingin kongsikan beberapa teknik yang biasa saya gunakan untuk membuat persembahan yang hebat.

Antara teknik-tekniknya ialah :

  • KETAHUI LATAR BELAKANG AUDIEN KITA

Sekiranya audien kita ialah pelajar sekolah rendah atau menengah. Berbicaralah mengikut tahap pemahaman mereka. Jika orang dewasa. Berbicaralah seperti orang dewasa tetapi ingat. Jika orang dewasa lebihkan kepada perkongsian. Orang dewasa tidak suka diajar. Apabila kita tahu latar belakang atau target audien kita. Sedikit sebanyak ‘Phobia’ kita dapat dikurangkan dan kita boleh mula fokus pada bagaimana untuk menyampaikan input-input yang kita hendak sajikan pada audien kita.

  • VISUALISASI MENTAL

Ini ialah suatu teknik yang biasa pakar-pakar motivasi akan lakukan sebelum mereka memulakan program mereka. Ini jugalah teknik yang biasa saya lakukan. Biasanya seminggu sebelum program lagi saya sudah akan melatih diri saya secara “visualisasi mental”. Teknik ini dilakukan dengan memejamkan mata atau membayangkan diri saya sudah berada di hadapan audien dan saya sedang menyampaikan isi penyampaian saya pada audien semua.

Apa yang paling penting semasa melakukan teknik ini ialah. Bayangkan audien semuanya nampak gembira dengan gaya penyampaian kita. Semuanya seronok dan terhibur dengan mutu penyampaian kita. Itu yang paling mustahak. Namun untuk pastikan yang kita tidak syok sendiri. Pastikan ada guru atau teman yang sama dalam bidang kita menilai kita. Mengapa saya cadangkan teman yang sebidang.

Kerana selama saya menjalankan program-program motivasi ini. Ramai sahaja yang memberikan kritikan dan teguran. Namun bukan semua orang boleh berikan kritikan. Kerana hanya yang pakar dalam bidang masing-masing sahaja yang tahu mana perlu dibetulkan atau tidak.

  • NEURO LINGUISTIC PROGRAMMING (NLP)

Saya fikir ini adalah ilmu yang paling mahal saya kongsikan dengan anda semua. (^_^). Sedar atau tidak sedar. Rupa-rupanya setiap dari kita mempunyai cara tersendiri dalam mempelajari sesuatu perkara yang berlaku di sekeliling kita. Untuk mudahkan pemahaman anda. Saya terus lompat ke isi utama iaitu. Masing-masing dari kita menggunakan 3 cara berlainan dalam mempelajari sesuatu perkara. 3 cara tersebut ialah

I.            VISUAL

II.           AUDITORI

III.          KINESTATIK

Jika anda perasan, kebanyakkan testimoni yang saya terima daripada pelajar-pelajar yang mengikuti program kendalian saya atau di bawah syarikat saya sedang bernaung ini. Tentu anda akan rasa hairan. Apakah yang membuatkan program kami sangat seronok. Seolah-olah suatu program yang berlainan. (Berdasarkan pandangan orang lain).

Program Qalbu Development Muslimah (QDMU)

Link testimoni peserta Program QDMU -> http://www.facebook.com/note.php?note_id=421868787609

Di dalam setiap program yang saya kendalikan, saya akan pastikan tiga-tiga unsur ini ada dan dirasai oleh audien saya. Kita harus sedar dan faham audien kita ada yang belajar melalui VISUAL. Penglihatan. Mereka mahu melihat penceramah dengan jelas. Perlu ada bahan nota yang disediakan paling tidak pun ada Power Point di hadapan supaya mereka dapat mengikut rentak penyampaian input kita.

AUDITORI pula ialah audien yang mahukan bunyi yang jelas. Mereka mahu suara penceramah jelas kedengaran. Selitkan juga bunyi-bunyi atau audio yang sesuai dengan program yang anda kendalikan. Audien jenis AUDITORI biasanya ialah audien yang suka turut serta dalam memberikan pendapat dan pandangan mereka. Untuk menarik audien seperti ini. Banyakkan melontar persoalan yang membolehkan mereka turut serta dalam program kendalian anda.

KINESTATIK pula ialah audien yang belajar melalui cara pergerakkan, sentuhan dan pengalaman. Mereka ini perlu bergerak untuk berfikir. Mereka juga suka sekiranya penceramah memberikan aktiviti supaya mereka boleh lakukan sesuatu.

Untuk mudahkan pemahaman anda lagi. Saya telah edit sedikit video program yang saya pernah kendalikan dalam konvensyen Belia Pulau Pinang. Bolehlah rujuk video ini bagi memudahkan pemahaman anda.

Link Video -> http://www.facebook.com/video/video.php?v=1732910050241&comments

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.