fbpx

Seni Bicara Secara Visual

Di dalam artikel yang lepas saya kongsikan tingkatkan 4 perkara jika mahu berkomunikasi secara efektif. Antaranya ialah Visual, Intelektual, Emosi dan Verbal.

Saya ingin kongsikan tentang perkara yang pertama tersebut iaitu Visual. Seni berbicara secara visual merupakan faktor yang amat penting sekali pada zaman sekarang ini. Kajian menunjukkan manusia menghabiskan berjam-jam  menonton Youtube, melayari Facebook, Powerpoint, Video Game, Televisyen dan media-media lain. Tidak lama lagi sebarang komunikasi mungkin akan berada di dalam bentuk visual.

Untuk berbicara secara efektif kita perlu memahirkan diri dengan konsep visual. Apabila kita berbicara dengan kenalan kita atau di hadapan audien. Mereka sedang melihat kita secara visual. Di dalam buku You Are The Message tulisan Roger Ailes menyatakan ” Kita mempunyai tujuh saat sahaja bagi menampilkan impresi pertama yang sempurna.”

Sebagai seorang penceramah, saya sentiasa pastikan ada bahan visual untuk ditayangkan kepada peserta program di dalam bentuk powerpoint. Ini supaya memastikan para audien dapat kekal fokus dan memahami penyampaian ilmu. Pernah juga saya mendapat teguran dari seorang kenalan saya bertanyakan “Jika kamu masih menggunakan powerpoint bermakna kamu masih tidak pakar”

Teguran tersebut sebenarnya tidak benar jika kita mahu melakukan yang terbaik. Di dalam program yang menjadi penting ialah audien. Bukan kita. Di dalam buku How to Talk to People So People Listen, beliau menyatakan “Sekiranya kamu mahu saya belajar dan mengingati sesuatu, kamu harus menyokong kata-kata kamu dengan mempamerkan (visual)  idea-idea kamu kepada saya. Kamu harus menggunakan kuasa Visual bagi membantu mengekalkan minat audiens dan membawanya ke tahap pemahaman yang baru.”

Bagi memahirkan diri untuk berbicara secara visual amalkan tips ini secara serius jika kita mahu upgradekan diri kita.

1. Kurangkan Kelakuan Tidak Sedar

Ada baiknya jika kita boleh mengurangkan kelakuan atau tingkah laku secara tidak sedar kita. Contohnya, kesilapan non-verbal yang biasa kita lakukan. Mungkin sewaktu kita bercakap dengan rakan-rakan kita tanpa kita sedari kita mengangkat tangan kita dan menggaru kepada kita dan hidung kita. Ini membuatkan rakan kita kurang selesa untuk berbicara dengan kita.

2. Pastikan Wajah kita membawa mesej yang Positif

Apabila berbicara dengan orang lain. Cuba sedaya mungkin untuk bercakap dengan wajah yang manis dan bertenaga serta memberikan ekspresi yang positif. Contohnya, apabila kita bertemu rakan kita. Senyumkan wajah kita supaya rakan kita rasa dihargai dengan kehadirannya. Mungkin juga apabila tetamu hadir ke rumah kita. Pantulkan wajah yang positif. Janganlah pula masamkan muka seolah-olah mahu menghalau mereka.

3. Tampilkan Diri Terbuka

Biasanya apabila penceramah memberi ceramah di hadapan audien. Mereka akan berdiri di belakang rostrum bukan.Apakah perasaannya apabila mereka tidak berdiri di belakang rostrum tersebut sebaliknya tampil ke hadapan dan berbicara dengan audiens dengan terbuka. Berubah tenaga dan respon audiens bukan? Perkara sama juga kita boleh lakukan ketika berbicara dengan rakan-rakan kita. Kurangkan memeluk tubuh dengan kedua tangan kita. Cuba rapati mereka ketika kita berhubung. Namun janganlah sangat rapat sehingga kita boleh tercium mereka. Amatlah bahaya jika begitu.

 

Semoga tips-tips ini dapat membantu kita insyaALLAH.

Syed Faizal S. Rahman

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.