fbpx

Seni Bicara : Hargai Anak Anda

Sudah lama agaknya saya tidak menulis atau berkongsi pengalaman di web saya ini. Buat teman-teman yang sedang menatap artikel saya ketika ini. Apa khabar? Sihat? Harap baik-baik belaka hari ini.

Artikel kali ini, saya ingin kongsikan petua untuk menghargai insan-insan yang berada di sekeliling kita atau sesiapa sahaja yang penting buat anda (Tidak semestinya anak sahaja).  Teman-teman semua, saya percaya tidak ada individu di dunia ini yang tidak mahu dihargai. Setiap dari kita mempunyai hati yang ingin dihargai. Jika kita lihat senario politik dan kaji dunia dalamannya. Kita dapat lihat betapa ramai pemimpin-pemimpin yang tergopoh gapah mahukan pujian dan tidak kurang juga yang meminta orang memujinya. Agak lucu bagi saya apabila segelintir pemimpin seperti ini yang mahukan dirinya dipuji.

Di sinilah pentingnya budaya menghargai insan. Untuk pengetahuan semua, kita mempunyai emosi yang dijana dari Qalbu (Hati). Emosi ini perlu dibelai dengan penghargaan. Orang yang Emosinya Cerdas. Pasti akan memahami kepentingan penghargaan ini.

Bagi ibubapa yang berhadapan dengan anak-anak mereka. Kebanyakkan ibubapa mengadu anak-anak mereka tidak mendengar nasihat ibubapa. Mungkin mereka lupa, anak-anak mempunyai emosi yang perlu di iktiraf dan di belai sebelum diberi nasihat.

Ramai ibubapa yang tidak mengiktiraf emosi ini lalu terus sahaja mencantas emosi anak-anak mereka dengan terus memberi nasihat. Ingat!!! kuasa emosi sangat penting dalam menjana anak yang cemerlang.

Apa yang perlu dilakukan oleh ibubapa apabila berhadapan dengan anak-anak anda :

Pertama : Kekalkan “Eye Contact” bersama mereka. Jangan lakukan aktiviti lain apabila mereka sedang bercerita dengan anda. Jika anda sedang sibuk dengan tugasan rumah. Beritahu mereka “ibu sedang buat kerja sikit. Kejap lagi ibu dengar ye.” atau “Ayah perlu siapkan kerja ni sebelum esok. Bagi ayah 30minit ye.” Dengan memberitahu pada anak. Mereka akan faham dan ini secara langsung memberi mesej bahawa mak ayah mereka mahu mendengar cerita mereka. Tujuan “Eye Contact” pula untuk memastikan anda memberikan 100% perhatian pada mereka.

Kedua : Padankan Diri dengan Emosi mereka. Apabila kita bercakap dengan anak-anak kita. Dengar dahulu kata-kata mereka. Kenal pasti tahap emosi mereka. Adakah mereka sedang sedih,gembira atau marah? Apabila sudah dikenal pasti. Padankan emosi anda dengan mereka. Kesalahan ibubapa adalah, apabila anak mereka sedang berbicara dalam keadaan sedih. Ibubapa mereka pula balas dalam keadaan gembira. Ada juga kadang-kadang anak-anak sedang marah. Ibubapa pula sedih. Bukan itu caranya. Ayuh!!! kita padankan emosi kita dengan mereka.

Ketiga : Gunakan “Nota Penghargaan” sebagai cara meluahkan pujian kepada mereka. Kita boleh ambil sekeping kertas dan tulis di atas kertas itu seperti “Buat anak ayah, Ayah bangga mempunyai anak seperti along. Ayah harap along akan menjadi anak yang baik.” Gunakan “Nota Penghargaan” ini untuk memuji,menghargai bahkan untuk membetulkan apa yang salah pada anak kita. Namun harus diberi perhatian. Jangan tulis sebarang kata-kata negatif dalam nota penghargaan ini.

Selamat mencuba buat ibubapa di luar sana.  (^_^)…..

SeniBicara SyedFaizal@2012

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.