RAHSIA MATA DALAM PENGUCAPAN AWAM

Mata merupakan antara kurniaan tuhan yang amat menakjubkan dan satu nikmat yang kita wajib syukuri dan hargai. Kita dapat lihat ciptaan tuhan melalui mata kita dan lantas melafazkan tasbih “Subhanallah” dan tahmid “Alhamdulillah”. Sesungguhnya Allah maha kuasa.

Disebalik rahsia mata ini, ada banyak perkara yang tersirat dan memberikan kesan apabila kita menggunakan mata kita dengan teknik yang betul.

Kajian mendedahkan apabila dua individu saling berkomunikasi, faktor “Eye Contact” meningkatkan KEPERCAYAAN antara mereka. Ilmu ini sangat bagus dalam urusan bisnes atau di dalam seni penyampaian untuk meningkatkan keyakinan audien terhadap diri seorang presenter.

Di dalam seni berkomunikasi juga, apabila orang yang bercakap memandang dengan tajam menunjukkan yang individu tersebut sedang mendominasi perbualan tersebut dan meminta orang lain (unconsciously) untuk fokus kepadanya.

Di dalam kajian yang lain, didapati apabila kita berkongsi pandangan mata “Eye-Contact”. Kita lebih mudah ingati kembali apa yang kita telah bualkan dan lebih bersetuju dengan topik yang dibualkan. Pada waktu sama, apabila orang tersebut tidak melihat kita sewaktu bercakap membuatkan memori kita tidak mudah ingat apa yang disampaikan oleh individu tersebut.

Di dalam satu lagi kajian juga, pengkaji telah menggunakan robot yang menyampaikan cerita dengan menggunakan “Eye-Contact” kepada audien. Orang yang mendengar cerita daripada robot tersebut menjadikan mereka lebih mudah bersetuju dengan poin-poin yang disampaikan oleh robot tersebut.

Seorang pengkaji berbangsa Itali, mendapati apabila kita melihat mata seseorang secara berterusan dalam keadaan lampu yang malap.  Kita akan mula berhalusinasi dan pandangan mata kita diputarbelitkan (distorted vision). Kesan ini dinamakan “Troxler Effect

Menarik kan rahsia mata ini ?

KESIMPULANNYA

  • Pandang mata orang apabila bercakap untuk meningkatkan KEPERCAYAAN
  • Pandang mata orang untuk menjadikan mereka BERSETUJU dengan poin yang kita sampaikan
  • DOMINASI perbualan anda dengan pandang mata orang

 

Semoga bermanfaat.

 

Berminat untuk belajar ilmu Presentasi yang berkesan ? Hadir ke bengkel ini. Klik https://wa.me/60192111285 untuk berhubung dengan saya.

Tarikh: 1 MAC 2020 (Ahad)
Masa: 9am-7pm
Lokasi:  63, Jalan 7/7c, Seksyen 7 Bandar Baru Bangi, 43650 Bangi, Selangor (Dewan Inspirasi Fadzilah Kamsah)

Berminat ? Klik Whatsapp https://wa.me/60192111285 untuk dapatkan Broshur Bengkel

Pelaburan Diri RM249 (Seorang) atau RM400 (Berdua)

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.