Punyai Teman yang Hidup Hatinya

Mengapa perlu adanya rakan-rakan yang hidup hatinya. Kita perlu tahu bahawa mempunyai rakan-rakan yang baik amat penting dalam kehidupan kita. Ini kerana mereka sedikit sebanyak akan mempengaruhi cara kehidupan dan pemikiran hidup kita. Ini bertepatan dengan pesanan Rasulullah SAW.

Seorang itu adalah menurut agama temannya. Maka perhatikan siapakah teman kamu.”    (Riwayat at-Tirmizi)

Kepimpinan melalui sentuhan hati akan dipengaruhi oleh rakan-rakan kita. Ini termasuklah cara komunikasi mereka dengan kita, pergaulan, adab-adab serta kepercayaan mereka. Antara sebab lain perlu adanya rakan-rakan yang hidup hatinya adalah kerana teman sebegini selalunya mereka mempunyai mata hati basiroh atau pandangan mata hati yang tajam.

Apabila kita melakukan sesuatu perkara yang salah atau tidak betul. Sekurang-kurangnya mereka dapat membetulkan kita. Bukankah seorang mukmin umpama cermin kepada mukmin yang lain. Jika salah diperbetulkannya. Jika dipuji tidak keterlaluan. Jika kita bersedih dia akan menenangkan kita serta meringankan beban kita.

Persoalannya, berapa ramaikah sahabat sebegini yang dapat kita jumpa pada zaman ini. Semoga kita dipertemukan sahabat-sahabat yang hidup hatinya. Hati yang hidup sentiasa mengingati Allah SWT. Jika ia terleka. Ia akan kembali mengingati Allah. Semoga kita tidak selalu terleka daripada mengingati pencipta kita.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.