fbpx

Program Transformasi Minda Pelajar

Alhamdulillah, saya dijemput oleh pihak Ahli JawatanKuasa dari Surau Luqmanul Hakim di Flat Medan Tengku, Jelutong, Pulau Pinang pada 2 Julai 2011 ini. Program ini akan melibatkan majoriti pelajar-pelajar IndiaMuslim dan penduduk sekitar sana.

Di dalam program ini saya akan kongsikan Teknik Belajar dan Teknik Membangunkan Hati bersama para pelajar yang akan sertai program ini. Di harapkan para pelajar semua tidak akan rasa rugi untuk sertai majlis ilmu ini.

Semoga juga Allah memberikan kekuatan pada saya untuk sampai ke sana dan seterusnya menyampaikan ilmu pada mereka. Maklumlah diri ini masih muda. Belum lagi melepasi 30-an. (^_^).

Saya tidaklah sekaya mana untuk dermakan sejumlah wang pada insan lain. Namun dengan ilmu yang ada. Diharapkan perkongsian yang dilakukan sedikit sebanyak dibalas oleh pencipta saya Allahhu Rabbi. Moga-moga di akhir kalam nanti saya dapat bertemu tuhan saya dengan hati yang Tenang seperti firman Allah :
“Wahai jiwa yang tenang. Kembalilah kepada Tuhanmu dengan rasa puas, dengan segala nikmat yang diberikan, lagi diredhai-Nya. Masuklah ke dalam jemaah hamba-hambaKu. Masuklah ke dalam syurgaKu.” (QS Al-Fajr [89]:27-30)

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.