fbpx

Program Pemantapan Ukhwah bersama Mahasiswa Fakulti Kejuruteraan Elektrik UiTM

Pada 23 oktober 2011 yang lepas, saya dijemput oleh pihak persatuan mahasiswa-mahasiswi Fakulti Kejuruteraan Elektrik UiTM untuk menjalankan “Program Pemantapan Ukhwah ke-12 ” mereka.

Program ini berbentuk kepimpinan buat mereka. Saya diminta oleh pihak penganjur untuk melakukan input-input yang menyemaikan ukhwah antara mereka menjadi mantap. Satu tanggungjawab yang besar untuk saya lakukan dalam 4 jam yang diberikan pada saya.

Namun alhamdulillah, berkat pengalaman yang ada dan ilmu-ilmu yang saya belajar dari mentor-mentor saya. Saya dapat melakukan beberapa aktiviti berdasarkan modul yang ada pada saya iaitu “SmartStudy Team Blending” & “Salam Mesra”.

SmartStudy Team Blending merupakan aktiviti-aktiviti yang membuatkan para peserta menjadi mesra antara satu sama lain. Salam Mesra pula merupakan teknik komunikasi yang mudah dan praktikal untuk dipelajari oleh sesiapa sahaja bagi memperbaiki hubungan komunikasi.

Berikut merupakan antara testimoni atau maklumbalas mahasiswa-mahasiswi yang telah menjalani kursus selama 4 jam bersama saya. (^_^)

 

Program yang memuaskan. Syed Faizal yang sporting, ceria. Memudahkan student faham yang penting tidak mengantuk. Program yang paling ceria kot bagi saya. Perlu diadakan lagi bersama En. Syed Faizal. Kesimpulan, taklimat yang bagus….ada ummhhh lah dan teladan…

Wow!! Ceramah paling penuh tumpuan saya bagi!! Terbaik!!

Great!! Like…like..like…harap ada lagi sesi macam ini akan datang..tadaaaa…yang paling penting sekali keseluruhan…TIGA (^_^)

Terima kasih coz bagi ceramah yang menarik…full of facts…memberi knowloedge yang kadang-kadang kita tak sedar berlaku dalam kita…Please do come again..

Program bersama Syed Faizal memang terbaik!!

Abang mantap!!

Penyampaian bagus…

 

Pada pendapat saya..program bersama En. Syed Faizal penat……penat bergelak ketawa..so awet muda..mudalah saya… best!!! Mcm LDK PLKN.

Best…penat gile gelak sampai sakit kepala..adohh

En. Syed Faizal memang sporting..keep it up..terbaik..memahami Mahasiswa/i – Wan Hanif Hazwan B. Wan Suhaimi

Keep it up..abg memang sporting – Aladlu B. Ibrahim

Bro. Syed memang terbaik..termantap..terbaik termantap..

Bro. Syed memang terbaik..termantap..terhebat…jom kita gi mancing..- Abang long

Abang Syed sempoi..mantap..pandai tarik perhatian..terbaik!! 5 star bro…!!!!!!

Pandangan…program yang baik..berkesan..tak boring…rasa berminat je nak dengar…happy!!! cara penyampaian sangat baik!!!

Seronok dengan program dalam sesi ini. Tidak boring..sentiasa ceria..Harap dapat jemput En.Syed Faizal lagi dalam program akan datang…Lastly terima kasih sangat atas segala ilmu yang dikongsikan bersama hari ini.

En. Abang, Tq for the talk..i do appreaciate it…I learnt many new things and I do feel that I love my friends more now and don’t look down upon them. And I learnt on how to shake hand with others in a proper way..Thanks again En. Abang. Well done!!

Program ini banyak manfaat dan menyeronokkan. Banyak input-input menarik dapat digunakan especially dalam study. Hopefully dapat buat lagi lain kali. Terima kasih banyak-banyak

Sangat bagus..mencuit hati dan lawak. Tak Kering gusi..tak rasa mengantuk..banyak dapat input yang berguna..saya sangat berpuas hati!! Terima kasih (^_^)

Isi kandungan yang mantap…tidak membosankan walaupun mengantuk (kerana tidak cukup tidur malam tadi) bagus!! Keep this good work!!

Berjaya mengubah mood..dari mengantuk jadi tidak mengantuk..berkesan..jadi lebih berani..memang terbaik….Panjang umur jumpa lagi..

 

Isi padat..bagus..berkesan…kalau cukup tido..boleh bagi 110% fokus

Tq very much..very interesting program & I love all your point and example…all the activities are very fun..i hope in the future you will put more activities that related to one’s personal skills and personality.

Saya rasa sangat seronok dengan program abang Faizal. Banyak sangat info menarik tentang psikologi yang membuatkan saya tidak lalai,leka serta mengantuk. Saya sejujurnya memang minat terhadap ilmu-ilmu psikologi kerana ilmu ini menransang minda serta jiwa manusia. Diharap kita dapat berjumpa lagi di masa akan datang. Nanti saya akan add fb abg. Saya akan lihat info-info menarik di sana ye..terima kasih sekali lagi..(^_^)

Aktiviti dan program sangat menarik dan enjoy…best!! Tq abg faizal

No pressure and very interactive with participant..very fun!!! Learned many life skills..

Terima kasih!!! Sangat rileks!! Best!! Walaupun dah berjam-jam (4jam) tapi rasa macam tak cukup…

Pendapat saya dengan ceramah ini sangat menarik dan berkesan pada diri saya dan kumpulan untuk program pemantapan ukhwah. Terima kasih sebab memberi ceramah yang sangat berkesan. InsyaALLAH ktia berjumpa lagi. Doakan kami berjaya dengan apa yang kami inginkan. Good luck jugak kepada En. Syed.

Pada pendapat saya, menarik, tertarik..ko memang de bomb!!

Ta daaaa.Abg Syed terbaik…lawak campur fun…input banyak..tq bro..

Presentation sangat menarik….banyak input menarik yang diberikan

Program yang dijalankan sangat menarik dan tidak membosankan. Hope boleh buat lagi next time..

Abang Syed Faizal sangat best!! Harap jumpa lagi …tq

Saya ada masalah pergaulan dimana tidak tahu cara berkenalan dengan orang yang tidak dikenali.Tetapi dengan slot En. Syed Faizal saya dapat gambaran yang jelas cara-cara terbaik untuk berkenalan.

Saya tidak ada komen untuk program ini. Semuanya berjalan dengan lancar. Saya suka program ini. Tidak membosankan dan banyak input yang saya dapat. Syukran. (^_^)

Pendapat saya…not bad la bro…by the way..good job..dalam 100% insyaALLAH 60% dah masuk dalam hati..zaijian bro..(^_^)

Pandangan saya semua aktiviti amat berkesan dan seronok..Slot yang diberikan sangat berguna untuk para peserta.

Terima kasih abg syed..jasamu dikenang…

 

Semoga mahasiswa dan mahasiswi Fakulti Kejuruteraan Elektrik UiTM mendapat manfaat sebaiknya…semoga ukhwah antara kalian menjadi mantap seiring dengan tajuk program ini iaitu “Pemantapan Ukhwah”

Semoga terjalin juga ukhwah antara kita insyaALLAH.

 

Syed Faizal S. Rahman
SmartStudy Associate Trainer
http://www.smartstudy.com.my

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.