fbpx

Program Motivasi bersama IMIM & UMAIRAH

Syukur Alhamdulillah, pada 10 Jun 2o12 yang lepas. Saya telah menjalankan motivasi SmartStudy Memory Skills dan Kembara Muhibah IMIM bersama Pihak Inspirasi Muhibah India Muslim (IMIM) & UMAIRAH di Masjid Sultan Tuanku Mizan (Masjid Besi) di Putrajaya.

Program ini telah dihadiri oleh pelbagai peringkat pelajar (Sekolah dan IPT)  serta beberapa orang ibubapa yang setia mengikuti program tersebut dari pagi hingga petang.

Program dimulakan dengan Taklimat Adab Masjid oleh Ustaz Iqmal yang saya kagumi dan selawat dari pelajar-pelajar Tahfiz.

 

Setelah selesai merasmikan program ini. Saya telah meneruskan dengan menyampaikan input-input Teknik Belajar Berkesan “SmartStudy Memory Skills”

Di sebelah petang pula saya berkongsi sedikit Modul Successful Intelligence yang menyentuh aspek-aspek Spiritual, Fizikal, Intelek, Emosi dan Sosial.

Kemudian para pelajar dibentuk kepada beberapa kumpulan untuk menjalani KEMBARA MUHIBAH INDIA MUSLIM. Terima kasih kepada semua fasilitator dari Team AFiM dan Ahli JawatanKuasa dari Team IMIM & UMAIRAH yang telah menjayakan Kembara Muhibah IMIM tersebut. Semoga Allah membalas jasa kalian lebih dari usaha kalian. Amin….

Berikut merupakan maklumbalas dari pelajar-pelajar yang telah mengikuti program ini :

Saya dapat banyak ilmu yang tidak diketahui dan dapat kawan baru serta banyak faedah.- Abidah Bt. Ismail, Tingkatan 3, SMK Bandar Baru Sungai Buloh.

Saya gembira kerana datang ke sini dan mendapat banyak ilmu. – Siti Maria Bt. Ismail, Tingkatan 2, SMK Bandar Baru Sungai Buloh.

Saya berasa sangat gembira selepas menyertai Program SmartStudy. Saya harap saya akan ikut teknik yang diajar oleh Abang Syed.- Farzana Mehnaz, Tingkatan 3, SMK Puchong Batu 14.

Saya rasa sangat gembira kerana dapat menghadirkan diri saya ke Program bersama IMIM kerana saya dapat banyak manfaat dalam program ini. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Abg Syed Faizal kerana telah banyak memberikan manfaat kepada kami dan kami berasa sangat seronok bersamanya.- Noorul Faisha Bt. Ajmal Hussain, Tingkatan 3, SMK Seafield.

Program ini bagus dan menarik. Saya harap program ini ada lagi.- Redzuan B. Samsudin, Tingkatan 3.

Program ini amat berguna untuk golongan remaja. Melalui program ini juga. Saya telah mempelajari banyak teknik baru yang amat berguna yang dapat digunakan untuk masa akan datang. Saya juga mendapat ramai kawan baru dan juga dapat perbaikki rohani dan jasmani diri saya. Saya amat gembira sepanjang program ini.- Siti Zafirah Bt. Abdul Rashid, Tingkatan 5, SMK Assunta.

Program ini sungguh menarik dan menyeronokkan. Syed Faizal juga seorang penceramah yang kelakar. Dia sungguh menyeronokkkan dan best !!!- Nurul Asiqin Bt. Kunjian Kutty, Darjah 5, S.K Bukit Beruntung.

Sangat seronok dan ada banyak teknik-teknik yang senang untuk diikuti. Motivator Abg Syed sangat lawak dan informal. Saya lebih faham apa yang disampaikan.- Syamila Bt. Abu Bakar, Tingkatan 3, Alice Smith International School.

Saya gembira sangat dengan motivasi ini. Saya harap motivasi ini ada lagi … seronoklah.- Muhammad Syukri B. Mohd Ali, Tingkatan 2, SMK Bukit Rahman Putera Sungai Buloh.

Saya sangat gembira dengan program ini kerana melalui program ini saya dapat banyak pengetahuan dan juga dapat belajar banyak benda yang baru. Dalam program ini aktiviti yang saya suka ialah Cek Poin Physical. (bersama Abg Salammullah dan Abg Din.)- Noor Aishah Bt. Kidhur Ibrahim Gani, Tingkatan 3, SMK Seafield.

Seorang Pensyarah juga sudi mengikuti program ini bersama untuk menuntut ilmu. (^_^)

Program ini sangat menarik dan saya dapat banyak pengalaman dan rakan baru. Input-input yang disampaikan oleh Abg Syed sangat berguna untuk saya dan saya harap pihak IMIM akan menganjurkan program seperti ini lagi.- Nur Fazlina Bt. Abdul Rahman, Tingkatan 5, SMK St. Mary.

Program yang dianjurkan oleh IMIM sangat seronok. Memang rugi ah X datang kalau ada peluang untuk datang. Abg Faizal pun best walaupun agak gila-gila. Thanks IMIM. (^_^)- Noor Faseeha Bt. Mustafa, Tingkatan 5, SMK Hillcrest.

Antara yang menarik di dalam program ini ialah para pelajar telah diperkenalkan dengan Sunnah Rasullullah s.a.w iaitu makan di dalam talam.

 

Semoga setiap insan yang telah menjayakan dan menghadiri program ini mendapat manfaat insyaALLAH.

 

Syed Faizal S. Rahman
SmartStudy Associate Trainer

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.