fbpx

Program Komunikasi Kepemimpinan bersama KPM BM

Thanks for KPMBM because made this camp the best ever camp that I joined. Thanks to Abg Syed & Abg Hanis for the input that you gave us (^_^) InsyaALLAH akan ayniz praktikan segala input yang diberi. Mungkin I need to improve myself confidence in presenting to audience. By the way, thanks for everything. All the input make me believe myself in whatever I’m doing. Lastly hope that KPMBM will invite Osman Affan SmartStudy & consultant for us next time. Ok bye…assalamua’alaikum… – Ayniz Izzaty Ayub.

Belajar banyak benda baru. Banyak maklumat yang tak pernah tahu tapi bila masuk kem ini memang dapat belajar. The BEST kem yang saya pernah join (^_^) Lebih eratkan silaturrahim walaupun kami dah kenal tapi lebih dekat selepas join kem ini. Hope abg boleh datang KPM lagi untuk program-program akan datang as our motivator. For Abg Syed all the best (^_^) – Noorazwanie Bt. Md Noor, DBF

Keluar dari kepompong yang dulu (pendiam). Meningkatkan keyakinan diri. Setiap slot memberikan kami menonjolkan bakat masing-masing. – Sabirah Nordin, DBF.

Segala aktiviti dan pengisian rohani yang diberikan begitu memberansangkan. Saya kini mula berani untuk tampil ke hadapan dan belajar banyak perkara dari kem ini. Sesi bersama Group SmartStudy adalah kem TERBAIK yang pernah saya sertai. Terima kasih kepada Abg Syed dan Abg Hanis. – Nurul Atiqah Bt. Mohamad Noor, DBF.

Kem ini sangat best. Dapat memberi kita semangat untuk belajar dan menyesuaikan diri dengan orang ramai. Merapatkan ukhwah silaturrahim antara pelajar dan penceramah. Dapat tahu untuk duduk di tempat selesa kita harus tempuhi banyak dugaan dan cabaran. Dan jangan jadikan masalah sebagai masalah. Tapi lihat sebagai CABARAN. – Nur Fatin Hidayah Bt. Hamzah, Semester 3 , DBF.

Satu program yang sangat memberansangkan dan dapat membentuk satu nilai positif dalam diri saya. “Jangan jadikan masalah sebagai masalah tapi jadikan sebagai satu cabaran.” kata-kata yang saya cukup kagum dan mempunyai sejuta nilai yang telah menjadikan saya untuk lebih yakin dan berani. – Alyaa Syahira Bt. Abd Rahaman, Diploma in Islamic Banking & Finance, Semester 3.

Kem ini banyak memberi benda baru kepada diri saya. Saya dapat belajar bagaimana nak berkomunikasi dengan dan menyesuaikan diri dengan apa jua perkara. Saya juga belajar tentang cara-cara untuk menyelesaikan masalah dengan berkesan. Saya harap saya dapat belajar lagi banyak perkara dari Gaya SmartStudy. – Azwani Marlina Bt. Bahaman, DBF, Semester 3.

Bagi saya, program ini sangat seronok. Banyak gelak dan tidak terlalu serius dan marah-marah. Saya suka cara Abg Syed dan Abg Hanis handle. Kalau boleh saya mahu mengikuti program bersama mereka lagi sekali. Banyak yang saya dapat terutamanya dalam berfikir lebih mendalam dengan sesuatu perkara. Semua game sangat best!! – Nuradiba Bt. Che Hanif, Diploma in Entrepreneurship, Semester 3.

Overall the camp was good and fun because the activity was packed and fun. Kalau ada banyak aktiviti luar lagi best. Penceramah pun best that is Abg Syed dan Abg Hanis because you guys know how to communicate dengan student our age and banyak jugak dapat from this camp. It give us the confidence to face outside world. InsyaALLAH the good thing is that bila kita orang buat something you guys terus bagi feedback whether baik ke tak. Its good to improve ourselves. Thank you. – Nursyakirah Nordin, Diploma in Entrepreneurship, Semester 5.

Program ini sangat berkesan dan membuatkan diri saya lebih aktif bila berada di dalam kumpulan. THE BEST TRAINER ABANG SYED DAN ABANG HANIS. Hope kita akan berjumpa lagi. Trainer SmartStudy sangat sporting. – Nuramirah Bt. Juhari, DBF, Semester 5.

Memberikan serta membetulkan cara penyampaian maklumat serta-merta. Memberikan satu pandangan yang baru iaitu “JANGAN MENGANGGAP MASALAH ITU SEBAGAI MASALAH tetapi ANGGAPLAH IA SEBAGAI SATU CABARAN.” – Siti Zulaiha Bt. Muhammad Aris, DBF, Semester 3.

Program SmartStudy yang sangat best setakat ini. Pengalaman dan ilmu yang diberikan sangat eksklusif. SmartStudy best!!!. – Nurul Awatif Bt. Mohd Asri, DBF, Semester 5.

Setelah menjalani program ini saya telah mendapat banyak kelebihan. Ia telah menguatkan semangat saya dan membina keyakinan saya. Saya juga belajar cara mengawal emosi. Jangan salahkan masalah. Anggaplah ia sebagai satu cabaran. Apa-apa pun Abang Syed sangat-sangat best!! You’re the best bro!! – Wan Azmira Bt. Wan Abdullah, DBF.

Sepanjang 3 hari 2 malam berada di Excel Training Resort bersama Abg Syed dan Abg Hanis, saya berasa sungguh teruja kerana baru pertama kali menghadiri program bersama mereka. Mereka banyak membantu saya dalam memperbaikki kelemahan yang ada pada diri saya. Contohnya saya kurang yakin di khalayak ramai. Dan mereka juga banyak membantu saya tentang cara-cara berfikir dengan diri saya dalam pelbagai aspek. Terima kasih kepada Abg Syed dan Abg Hanis. – Siti Sri Manisah Bt. Mohd Tajuddin, DBF, Semester 2.

Sepanjang saya mengikuti kursus ini, saya berasa amat gembira dan sangat berpuas hati. Aktiviti-aktiviti yang dilakukan sangat memberi impak yang positif kepada saya dan banyak mengajar cara-cara untuk beranikan diri dari segi komunikasi dan sosial. Di samping itu, ianya juga dapat meluahkan perasaan saya yang selama ini banyak terpendam dalam diri saya. Selain itu, penceramah dalam program ini juga banyak memberi sokongan kepada kami semua dan tidak putus membantu  kami. Saya berharap agar program ini akan diteruskan untuk semester pelajar  lain yang akan datang. Terima kasih banyak-banyak kepada semua penceramah. – Habibah Bt. Yacob, DBF.

Untuk pertama kalinya, saya nak ucapkan setinggi-tinggi jutaan terima kasih kerana abg telah banyak membantu dan memberi tunjuk ajar yang memang tak pernah mungkin saya dapat balas dan terima kasih juga kerana abg sudi melayani kami tanpa rasa jemu. Tak tahu nak cakap apa lagi…. Syg abg syg2 !!! – Nur Azreen, DBF, Semester 2.

Sepanjang program ini aktiviti yang dijalankan amatlah baik dan berguna untuk semua pelajar. Program ini juga mengajar pelajar supaya lebih berkeyakinan dalam komunikasi sesama pelajar. Semua pelajar dapat belajar pelbagai perkara mengenai diri masing-masing serta orang lain. Penceramah-penceramah juga amat bagus dalam menyampaikan ceramah-ceramah dan segala aktiviti yang menarik minat semua pelajar. Semoga program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang. Terima kasih. – Wan Nur Amira Bt. Wan Aziz, DBF, Semester 3.

Abg Syed Faizal always da best. Banyak manfaat yang diperolehi walaupun ini kali kedua mengikuti program beliau. Good Job. Full with excitement. – Siti Nur Zulaikha Bt. Roslan, DBF, Semester 5.

Program ini menarik. Semua pelajar didedahkan kepada input-input yang sangat berguna. Pengisian program yang bersesuaian menjadikan program ini menarik dan terbaik. Tahniah kepada pihak konsultan kerana berjaya menyediakan program ini. – Ummi Nur Izzati Bt. Jamrus, DBF, Semester 5.

Program yang menarik.. Unik. Aktiviti teratur, spontan dan menuntut sepenuh komitmen daripada peserta. – Nik Nur Sharina Nik Sufian, DBF, Semester 5.

Program BESSTT sangatt!! Tak boring. Dapat banyak input yang berguna daripada penceramah. Menambahkan keyakinan.  Program agak berlainan daripada syarikat perunding lain & jati diri serta skill untuk berkomunikasi. Lain kali nak lagi.. – Faralisa Shahilda Azian, DBF, Semester 5.

Sepanjang berada di sini, pelbagai perkara yang saya pelajari. Saya belajar cara untuk lebih bersemangat. Mengenali diri melalui warna. Saya banyak belajar perkara luar daripada kotak. Saya lebih positif. Lebih tabah. Saya tidak rasa saya sorang-sorang. Saya percaya ada orang yang membantu saya untuk melatih diri kea rah lebih baik. Saya pun terkejut sebab sebelum ini saya jarang main gitar depan semua orang. Terima kasih. – Azimah Bt. Ab. Shukor, Semester 2.

Pengalaman dan kenangan terindah buat saya di sini adalah terhadap kepelbagaian aktiviti dilakukan. Program ini turut mengalakkan kami menjadi diri kami dan berfikir secara spontan. Menggunakan kepelbagaian ketika meyelesaikan masalah dan berfikir secara kreatif. Apa-apa pun , program ini paling best dalam hidup saya. Terbaik. – Nurul Izzati Bt. Shabudin, DIN, Semester 3.

Dear Bro Syed, Secara keseluruhan , penceramah sangat bagus and very confident dalam menyampaikan segala kursus. Hal ini membuatkan kami dapat fokus dan tidak boring dalam mengikuti program ini. Terima kasih bertungkus lumus menjadikan kami sebahagian pelajar KPMBM yang dapat mengekspresikan diri masing-masing. – Nurul Izyani Bt. Elias, DBF, Semester 2.

Semoga bermanfaat buat mahasiswa/i KPM BM. (^_^)

Syed Faizal S. Rahman.

 

Program Komunikasi Kepemimpinan merupakan suatu modul yang mendedahkan Teknik Komunikasi, Kepimpinan dan Semangat kerjasama.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.