fbpx

Program antara Akademi Fasilitator Muslim (AFiM) bersama Kerala Muslim Jama’at

Syukur, kepada Allah dan kekasihnya Rasullullah s.a.w yang telah meninggalkan kita dengan pelbagai hikmah dan sunnah baginda.

Pada 16 Oktober 2011 yang lalu saya diberi kesempatan untuk menjalankan Program SmartStudy Memory Skills dan Petua Membangunkan Hati bersama pelajar-pelajar ahli Kerala Muslim Jama’at (KMJ) bertempat di Dewan Mini Auditorium, UIA.

Sebelum tibanya hari menjalankan program ini. Saya sentiasa risau tentang bagaimanakah agaknya respon daripada pelajar-pelajar ataupun AJK-AJK nanti. Manalah tahu mungkin kita terbuat sebarang kesilapan dari segi persembahan (VISUAL), percakapan (AUDITORI) dan perbuatan (KINESTETIK). (^_^)

Namun alhamdulillah, dengan berkat pengalaman dan gabungan bantuan dari rakan-rakan fasilitator dari Akademi Fasilitator Muslim (AFiM). Kami dapat menambat hati peserta-peserta yang hadir. Saya fikir bukan sahaja peserta (pelajar) sahaja namun para AJK-AJK mereka. Ini berdasarkan sokongan yang mereka berikan.

Mereka sudi untuk duduk di dalam dewan dari pagi hingga petang.

Ikhlas dari hati saya, saya ucapkan terima kasih kepada anda semua….rakan-rakan fasilitator dari AFiM kerana berjaya membuktikan kerjasama dan keprofessionalan masing-masing. Tidak ada pelajar yang mengatakan fasilitator bersikap kurang senang. Bahkan mereka suka pada semua fasi yang telah menjayakan KEMBARA ILMU.

Terima kasih juga kepada pihak KMJ…Dr. Hisham, Dr. Rokiah, Tata Saudah, Tata Zuraini, Tata Sarinah, Tata Waheeda, Kaka Razak, Kaka Zahir, Tata MC (tak ingat pula namanya), Kaka Wahab dan lain-lain. Mohon maaf jika tidak di sebut di sini.

Apa yang pastinya, program yang dijalankan di sini walaupun sehari sahaja. Ianya telah memberikan impak yang luar biasa pada saya khususnya. Mungkin kerana Faktor kerjasama dari pelbagai pihak yang sangat open minded dan mesra. Terima kasih sudi mendengar lagu-lagu tamil sepanjang program. (^_^)…..

Di sini saya selitkan antara beberapa maklumbalas pelajar terhadap program yang telah dijayakan pada 16 Oktober lepas. (^_^)

 

Sewaktu memperkenalkan Kecerdasan Utama Manusia

Saya berpendapat, aktiviti2 yang dijalankan dalam “KEMBARA ILMU” amat bagus untuk meningkatkan keyakinan diri kami semua. Selain itu, ia dapat merapatkan hubungan di antara ahli-ahli KMJ yang lain. Aktiviti yang dijalankan dapat meningkatkan pengetahuan saya dengan lebih mendalam. Thanks…… – Nur Arina Hayati,

Abang Syed Faizal sangat BEST!! dan sangat lawak…i like it..baik punye…saya berharap sangat lain kali akan membuat aktiviti begini lagi masa akan datang.

Ya, amat bagus!!! Fasilitator amat bagus membuat kerja yang amat baik..Abg syed memberi kami pelajaran dengan secukupnya…Ribuan terima kasih, xiexie, nandri, nalle abagaram..thank you….

Saya rasa motivasi ini memang best sangat..saya berpuas hati dapat belajar dengan rakan-rakan baru dan saya dapat berkongsi ilmu dengan abg syed faizal.

Program ini amat bagus kerana program ini dapat membina kerjasama, memahami tentang islam dan banyak lagi….Program ini bagus kerana Abang Syed Faizal menceramah secara informal. Itu amat bagus kerana dapat mengerat silaturrahim.

Assalamu’alaikum..saya Nor Azyana Bt. Abdul Zalil ingin mengucapkan terima kasih kepada semua fasilitator yang memberi cabaran-cabaran yang agak susah dan seronok. Ia membuat saya gembira sepanjang berada di “SmartStudy Memory Skills”

 

Para AJK KMJ juga teruja mengikut input-input yang disampaikan (^_^)

 

Abang syed Faizal sangat best!! dan sangat lawak…i like it!! aktiviti “KEMBARA ILMU” pun sangat interesting…Abang Fairuz menari sangat sexy!!! Saya harap aktiviti seperti ini akan diadakan lagi pada masa akan datang…

Assalamu’alaikum, saya berasa gembira dan bangga kerana menyertai program ini. Saya rasa program yang dijalankan sungguh baik dan berharap program ini dapat dijalankan lagi pada masa akan datang.

Sesi bersama Tuan Syed Faizal bagus, telah memberikan tips-tips yang berguna dan berkesan…sesi bersama Fasilitator bagus…telah memberikan ilmu-ilmu yang berguna seperti kecerdasan sosial, spiritual dan lain-lain. – Nur Atiqah Bt. Yahya 18 tahun –( Kak Long ) Kolej Komuniti Selayang

Sewaktu memperkenalkan Barisan Akademi Fasilitator Muslim (AFiM)

Assalamu’alaikum, saya Nur Murshidah Bt. Mohd Ibrahim ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak KMJ yang berusaha untuk meningkatkan lagi pengetahuan kami…

Saya rasa semua Fasilitator terutamanya Abang yang suruh menari. Semua Fasi terlalu mesra dan amat menyeronokkan serta menyenangkan saya. Saya minta maaf jika saya buat muka yang tidak disenangi. By the way..thanks – Nurul Husna –

Best sangat!!! Kakak-kakak dan abg-abg sangat baik hati…ingin datang lagi…– Nur Fathiah –

Best Giler!!! Hope dapat datang lagi….dapat tips tips yang berguna…thanks so much….really fun….– Nur ‘Amirah Yahya – Tingkatan 4

Para pelajar sedang berfikir, berinteraksi dan mengembara mencari ilmu….di dalam “KEMBARA ILMU”

The best is KEMBARA ILMU…..and kakak2 dan abg2 semua fun!!! yay!!! IQ test tu memang mencabar!! and tak sangka soalan darjah 3 je!! Thank You…. – Dilla

Pandangan saya..Program nie sangat best!! and dapat penceramah yang sporting…baik…and kalau tak datang memang rugi…sebab best sangat-sangat

Fasi-fasi semua sporting and terbaek!!! You all are the good….to Kaka Syed & fasi-fasi semua…..you’re the good…Happy always – Nur Hanisah

Program sangat menarik…tertarik dan sebagainya…Best la semua fasilitator…sporting…and chaiyok!!! Hope diadakan sekali lagi… – Nur Hidayah Amuruddin

 

Saya rasa berasa sangat gembira kerana En. Syed dapat mengajar saya tentang cara teknik belajar yang baik…dan sempurna…Saya berharap agar dapat berjumpa dengan encik syed pada masa akan datang…

Muhammad Amirul B. Usman – Best. harap buat program macam ini lagi sekali. Termantop…..syed faizal terbaik….

Muhammad Amirudin – Terbaik bro!!! i love you…haha sungguh lawak..semua benda masuk otak…syed faizal best!!! Nanben daa!!! Kalau ada apa-apa seminar panggil saya tau!!!!

Kecerdasan Fizikal pelajar teruji bersama Abg Fairus. (^_^)

Pendapat saya ialah Abg syed memang sporting dan senang dipelajari…..Kami Respect Abg Syed Faizal dan fasi-fasi..best sangat….Tolonglah datang lagi yee….

Pandangan saya program ini amat bagus dan best. Saya harap program seperti ini akan berlanjut sampai ke bila-bila. Dan saya amat kagum dengan Abang Syed Faizal kerana dia telah memberi teknik yang amat bagus seperti Emosi, Fizikal dan sebagainya.– Noor Rabiah Bt. Ali (Serendah)

Semua program menarik…hope diadakan lagi..Fasi semua terbaik!! all the best..– Nor Fazira Tingkatan 5

Teknik yang sungguh berkesan terhadap seorang insan. Ia mengajar keikhlasan berfikir melalui HATI, merapatkan hubungan Silaturrahim sesama manusia. Ia juga mengajar kita erti bersyukur tentang apa yang kita ada. Keikhlasan ketika memberi kami ilmu dapat dirasai oleh insan yang hadir pada hari ini. Terima kasih, menambah ilmu di hati.

M. Usamah Jakkar – Saya sangat suka akan cara abang mengajar. Saya rasa abang sangat perfect. Abang Fasilitator yang lain sangat best…Good bye…All you are perfect..All the best..thank you so much….

Saya rasakan program ini sungguh bermakna kepada saya kerana mendapat pelbagai input yang penting…U are the best…thanks..(^_^)… – Burhanuddin Helmi B. Abdul Rahim

Syed Faizal the best!!! Terbaek bro!!! haha awak sungguh lawak…kalau ada apa-apa seminar panggil saya tauu…..- Muhammad Azmir

ok lah….menyesal saya kalau saya tak pergi program ini...All the best…thank you soo much….- Shafiq

Bagi pandangan saya ia sangat bagus dan syok gila. Mata pelajarannya di ajar dengan terang dan mudah untuk faham apa yang diajar. Saya berterima kasih kepada Tuan Syed Faizal. – Nurul Shafeeqa Bt. Yusuf

Abg Syed dan sahabatnya memang spoting gila termasuk Fasi-fasi dan AJK KMJ. Teknik Belajar memang best gila…itu sahaja…(^_^)

Program sangat menarik…tertarik dan sebagainya….-Fieza

Suasana ketika kembara ilmu

Program ini memang best la…..terutama dengan Abang Syed Faizal yang memang sporting habis….Memang terbaik sangat la…Pastu Abg Rifa ngan Abg Fairoz memang terbaik sangat…Akak Reehana yang comel dan baik..hehe semua kat sini memang sporting..Kalau ada masa buatlah program macam ini lagi. Jangan lupa ajak kita lagi. KMJ dan Group Abg Faizal memang terbaik. Suka! Suka! Rasa tak nak balik…Happy sangat-sangat…Boleh hilang Stress nak exam…Yahoo!!! Terbaik.. (Akak-akak semua chumill!!) Fasilitator memang best..Gempak giler la!!1 – Athirah Hassan A.K.A Tyra Hassan.

5 Cek Point Utama di dalam sesi KEMBARA ILMU

Abg Syed dan kawan-kawan sangat best….Semua yang abg ajar saya faham….thanks for everything….- Nur Asyirah Osman

Pada pendapat saya program yang dijalankan baik dan mencapat objektif seperti yang diberitahu oleh pihak penganjur. Pada pendapat saya, KMJ perlu teruskan menganjur program-program sebegini di masa akan datang. terima kasih KMJ. Terutamanya Persada Wanita.

Sekian dari saya….

Sahabat Pendorong,

Syed Faizal S. Rahman………..semoga terbina ukhwah hingga ke syurga.

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.