PROFESSIONAL PRESENTER | FORMULA MEMBINA PUNCHLINE

PENCERAMAH & JENAKA

Sebagai Penceramah Motivasi & Jurulatih Pembangunan Diri, saya sentiasa mencari idea dan poin-poin jenaka baru untuk diselitkan dalam program-program ceramah saya. Setelah 9 tahun berkecimpung dalam bidang ini. Ingin saya kongsikan dengan anda salah satu cara bagaimana saya membina PUNCHLINE dalam program.

Sebelum itu anda kena faham. Jenaka yang paling POWER ialah jenaka yang tidak disangka-sangka. It’s a surprise speech.

FORMULA PUNCHLINE

Berikut merupakan PROSES 3 POIN yang anda perlu lakukan untuk membuat lawak yang mantap.

Pada POIN PERTAMA dan POIN KEDUA anda perlu sampaikan fakta atau bercakap tentang perkara yang SERIUS. Pada POIN YANG KETIGA. Anda perlu cakap atau sampaikan sesuatu yang luar biasa atau gila-gila. Ianya sesuatu yang tidak disangka-sangka oleh audien anda.

Mudahkan ???

============================================

Berikut beberapa contoh saya :

“Semasa di tingkatan 5 saya seorang pelajar yang baik, pengawas sekolah dan…. saya berjaya GAGAL dengan Cemerlang…”

“Saya suka lagu english… korea…. dan… NASYID….”

“Ketika saya sedang memandu menuju ke lokasi program hari ini… saya memandu dengan penuh semangat dan laju…. pada kelajuan 30km sejam….”

Teknik ini akan sangat-sangat berkesan jika anda Berikan perhatian juga pada tempoh jeda dan intonasi suara dan gaya bahasa badan anda untuk memastikan Teknik Punchline ini benar-benar menjadi.

Semoga perkongsian saya dengan Teknik 3 Poin membantu anda menjadi Penceramah yang lebih VERSATILE berbanding SKEMA.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.