fbpx

PROFESSIONAL PRESENTER : 3 SEBAB PEMBENTANGAN LEMAH

Sepanjang kerjaya saya sebagai Jurulatih Pembangunan Diri. Ramai yang datang bertanya “Bagaimana untuk menjadi Presenter yang Hebat ?”

Namun tidak ramai yang datang bertanya “Kenapa Presentation saya Lemah ?”

Hari ini saya ingin kongsi dengan anda 3 Sebab utama mengapa presentation lemah.

sshot505c8b79e8ecf

1. MAKLUMAT SEPERTI SARDIN

Melakukan pembentangan dengan meletakkan terlalu banyak data atau fakta di atas slaid merupakan satu dosa besar dalam ilmu pembentangan (Presentation).  Apabila anda melakukan ini. Anda sebenarnya hanya merangsang otak kiri audien anda. Bukan Otak kanan. Ini akan menjadikan audien anda cepat bosan, tertekan dan membuatkan mereka akan bertanya “Bila nak habis ya….” dalam hati….

Lakukan perkara ini sebaliknya :

  • Sampaikan dalam bentuk 3 subtopik. (Three Rules Technique)
  • Nyatakan apakah yang mereka akan dapat daripada pembentangan anda
  • Seimbangkan slaid anda dengan Gambar dan Tulisan

2. MEMBENTANG DARIPADA PERSPEKTIF YANG SALAH

Sekiranya penyampaian ialah tentang diri anda sahaja, tentang betapa pakarnya anda, tentang betapa berpengalamannya anda, tentang betapa anda susah payah melalui ini… itu.. begini… begitu… cerita meletop…boomm…bamm…bomm…

Audien akan mula naik menyampah dan menutup SUIS minda mereka untuk menerima penyampaian anda. Sentiasa ingat. Apabila anda PRESENT. Ingatlah FORMULA ini ‘WHAT’S IN IT FOR ME”

Maksudnya ialah, apabila anda bentang. It is always about your audien. What they get from your presentation ? What solution do you have for them ? How they can apply it ? Berikut beberapa poin untuk anda :

  • Present dari perspektif audien anda
  • Bina konten penyampaian anda daripada pandangan audien, keperluan mereka, bagaimana mereka boleh menerima manfaat.
  • Tanya soalan kepada audien anda sekiranya anda merasakan mereka keliru

3. KETIADAAN TENAGA DALAM PENYAMPAIAN

Selepas menyaksikan sendiri presentasi yang dilakukan oleh beberapa pakar. Saya membuat kesimpulan. Antara perkara-perkara yang mereka mempunyai persamaan  ialah TENAGA.

TENAGA membuatkan penyampaian anda meriah, berimpak dan membuatkan audien kagum.

Jadi sentiasa pastikan diri anda mempunyai rehat yang cukup sebelum melakukan pembentangan.

Tenaga boleh dilakukan dengan beberapa cara seperti :

  • Lontaran suara perlu kuat dan memenuhi dewan atau bilik anda. Sekiranya audien anda hanya 20 orang. Namun tempat tersebut sebenarnya untuk 50 orang. Suara yang anda perlu keluarkan ialah mengikut kapasiti 50 orang. Bukan 20 orang.
  • Lakukan simfoni bersama audien (Saya akan terangkan pada artikel akan datang)
  • Minta audien sebut bersama-sama anda pada topik atau poin-poin penting di atas slaid

Semoga bermanfaat dan selamat beramal.

=============================================================

HOW TO BE A PROFESSIONAL PRESENTER WORKSHOP
————————–———————————————

Dengan menggunakan TEKNIK 4 PENJURU anda boleh :
1. Bina STRUKTUR Penyampaian yang MENARIK.
2. Membuatkan audien INGAT apa yang anda sampaikan.
3. Membuatkan audien KAGUM dengan penyampaian anda.
Sertai Bengkel Professional Presenter ini !!!

Terhad 10 orang sahaja !!!
============================
Tarikh : 21 Februari 2016 (Ahad)
Lokasi : Kota Damansara, Selangor
Yuran : RM299
Trainer : Cikgu Syedfaizal | www.SYEDFAIZAL.net

Terbuka kepada : Profesional, Warga Kerja, Mahasiswa, Pendidik
Mengapa 10 orang sahaja. Saya benar-benar akan melatih anda untuk melakukan Presentation yang Berpengaruh dan Berimpak

Daftar sebelum 1 Feb untuk yuran RM250 sahaja!!!!
SMS atau WHATSAPP 019-211 12 85 untuk pertanyaan atau pendaftaran.

Screen Shot 2016-01-17 at 1.51.07 AM

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.