fbpx

Potensi Fatihah dengan Qalbu Development

Qalbu Development dibina berasaskan 3 aspek iaitu Hati, Akal dan Jasad. Berikut seperti ilustrasi di bawah ini :

 

Sebagai seorang muslim. Kita perlu memahami bacaan fatihah di ketiga-tiga tahap seperti di atas itu. Berikut merupakan huraiannya sewaktu dalam solat :

Di tahap JASAD, Kita perlu berdiri dengan betul untuk mendirikan solat dan membaca surah fatihah dengan bibir melalui sebutan yang betul.

Di tahap AKAL, kita perlu faham apa yang dituturkan. Kita perlu tahu apa yang hendak dibaca dan faham apa yang dimaksudkan. Ramai Muslim gagal di tahap kedua ini. Mereka baca surah fatihah. Namun sayang. Tidak memahami apa yang dituturkan.

Sesetengah dari kita boleh baca dengan betul surah fatihah. Namun adakah kita tahu apakah maksud bacaan kita ?

Sebagai contoh, alhamdulillahirrobbil a’lamin…. adakah kita tahu maksud ayat ini. Jika kita tahu, inilah maksudnya “Segala pujian bagi tuhan seluruh alam”

Jadi di tahap AKAL kita perlu memahami maksud surah tersebut.

Di tahap ketiga iaitu HATI, kita perlu menjiwai dan menghayati bacaan surah tersebut. bukankah di dalam Al-Quran Allah telah berfirman yang bermaksud :

(1) Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman.
(2) Yakni, orang-orang yang khusyuk dalam solatnya.

Surah Al-Mu’minun (23:1-2)

Ini bermaksud, kita perlu baca dengan betul, faham apa yang dituturkan dan menghayati bacaan itu supaya boleh sampai ke tahap tertinggi iaitu KHUSYUK !!

Semoga perkongsian ini bermanfaat buat anda semua…

Syed Faizal S. Rahman
Qalbu Development : Membangun Potensi Diri Dengan Sunnah Rasullullah s.a.w
Hati | Akal | Jasad

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.