Pesta buku kali ini saya hadiri bersama Keluarga SmartStudy. Seronok rasanya dengan melihat setiap syarikat bersaing secara sihat memasarkan buku-buku mereka. Meriah juga dengan kehadiran adik-adik dari pelbagai sekolah yang datang secara rombongan dari sekolah mereka.
Pada kali ini saya menemani Sifu saya Tuan Osman Affan memandangkan beliau dijemput untuk mengisi Slot “Bersama Penulis” di Gerai Popular jam 11 pagi hingga 1 petang dan juga gerai PTS jam 3 petang hingga 4 petang.
Seronok juga saya berkesempata melihat motivator yang saya kagumi Dr. Tengku Asmadi. Saya sempat perhatikan teknik-teknik yang beliau gunakan untuk bercakap di depan umum. Teknik Bercerita yang Dr. Asmadi gunakan membuatkan para pelajar yang lalu lalang di hadapannya berhenti dan memberi perhatian kepada beliau.
Selain itu, saya juga berkesempatan untuk membeli beberapa buah buku yang dapat memantapkan kemahiran peribadi saya dalam kerjaya dan sosial saya. Antaranya ialah
Buku Seni Bahasa Badan mendedahkan rahsia komunikasi bukan lisan sebagai penggenap komunikasi lisan kita. Buku ini akan memberikan kita lebih pengaruh, keyakinan dan kuasa dalam komunikasi. Penulisnya juga membongkar rahsia bagaimana membaca niat yang terselindung di sebalik bahasa badan seseorang.
Buku – buku ini pastinya akan membantu saya untuk memeriahkan lagi seni persembahan dan input-input yang bermanfaat bagi pelajar-pelajar yang akan menhadiri program kendalian saya. (^_^)
0 Comments