fbpx

Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP)

Hari ini bersamaan 14 Mei 2011 saya bersama Hanis Jelanis menjalankan program SmartStudy di Kompleks Dagangan Mahkota, Bandar Indera Mahkota, Kuantan, Pahang. Program ini dihadiri seramai 150 orang pelajar-pelajar tahun 5 &  6.

Saya dapati satu pengalaman yang menarik di sini. Para pelajar yang hadir mereka semua datang dari keluarga yang susah dan berlatar belakangkan keluarga yang tidak pentingkan pendidikan. Ini menjadi suatu cabaran bagi saya untuk memastikan setiap ilmu yang disampaikan menjadi suatu faktor yang penting bagi adik-adik ini semua mendapatkannya.

 

Para pelajar dikongsikan Teknik Asas Memori SmartStudy, Cerita Kreatif SmartStudy, Flash Card SmartStudy dan Flash Note SmartStudy. Seronok rasanya apabila kita dapat kongsikan ilmu yang dapat membantu para pelajar semua. Sesungguhnya bukanlah mudah tugas seorang Trainer/Motivator. Kami hadir di sini bagi menambah nilai pada diri mereka supaya mereka dapat menempuhi alam pembelajaran mereka dengan cemerlang berbekalkan teknik-teknik belajar yang sesuai mengikut diri mereka. (^_^)

Inilah kisah pada hari ini di Kuantan.

Syed Faizal S. Rahman

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.