fbpx

Pengalaman itu Penting !!

Alhamdulillah, dalam kesibukan yang memanjang beberapa minggu ini dapat juga saya curahkan sedikit lintasan hati dan persoalan-persoalan yang bermain di minda saya pada malam ini.

Saya sangat bersyukur kerana diberi peluang untuk mengendalikan Program “Graduate Career Accelerated Programme” (GCAP) yang mana merupakan sebuah program yang dicetuskan dibawah Jabatan Perdana Menteri (JPM). Bahagian yang menguruskan program ini ialah Talent Corporation.

Tugas saya adalah untuk memastikan para peserta yang menyertai program ini akan mantapkan kemahiran pengucapan awam, kemahiran temuduga, membina personaliti yang menarik, mampu menjadi yang lain dari yang biasa, bertindak berani, menjana soalan yang kritis, menguasai bahasa badan, memahirkan diri dalam elemen S.P.I.E.S dan lain-lain.

Seronok juga saya dapat bertemu ramai peserta di GCAP Kuala Lumpur dan Kuala Terengganu. Mereka semua terdiri daripada graduan-graduan UiTM, UUM, UMP, UM, UNIMAP, USM, UIA, UTM, UNIMAS, UMS dan IPT-IPT lain…. (banyak pula nak taip)

Segala ilmu dan pengalaman yang saya lalui sepanjang hidup saya, dikongsi bersama mereka dalam bentuk Motivasi & Latihan. Ini dengan harapan, supaya mereka akan dapat manfaat yang berkonsepkan input & output. Bukan sekadar input sahaja. Namun mereka sendiri perlu praktikkan dan berkongsi bersama para peserta di dalam program ini.

Namun begitu, kadang-kadang sedih juga apabila terdapat graduan yang tidak kelihatan seperti seorang insan yang berkelulusan Universiti. Soft Skills  lemah. Keyakinan lemah. Keupayaan untuk berfikir juga lemah. Bagaimanakah golongan seperti ini akan memimpin pada masa akan datang.

Di doakan supaya golongan seperti ini mampu untuk melakukan “HIJRAH” dalam diri sendiri supaya dapat mengatasi perkara-perkara seperti di atas.

Jadikan pengalaman masa lalu sebagai satu ikhtibar dan tauladan untuk masa hadapan. Kerana sesungguhnya PENGALAMAN itu PENTING!!!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.