fbpx

Pengalaman Graduate Career Accelerated Programme (GCAP)

Alhamdulillah, minggu terakhir bersama graduan-graduan IPT yang menyertai GCAP sudah tiba. Minggu ini merupakan minggu ke – 6 dan terakhir kami bersama mereka. Banyak pengalaman dan kenangan indah saya lalui bersama mereka di dalam dewan Hotel Kenangan.

Seronok dapat berkongsi ilmu, pengalaman dan melatih mereka dari aspek pengucapan awam, teknik “posture & Gesture” yang betul, cara berfikir yang betul, memantapkan unsur-unsur spiritual, emosi dan sosial serta cara pemakaian warna baju yang betul untuk temuduga. Tidak kurang juga berkongsi cara-cara menyediakan RESUME yang mampu menarik perhatian bakal majikan mereka.

Berikut merupakan maklumbalas dari mereka :

Regarding to Mr. Syed Faizal, he’s a dynamic individual and a charismatic motivator. Able to make the participants attracted to him while enjoying his modules to its fullest. Other than interacting with all of the participants as a whole, he’s also able to interact with the participant individually and this is the reason why i feel his capability as a motivator. He’s also helpful in which he tries his best so that each of the participant gets the limelight in the programme. Finally a word to describe him “FANTASTIC” – Muhammad Zulhilmi Bahar, Bachelor of Food Science (Food Technology)

Sir sangat lincah dalam mengendalikan program/kelas bersama kami. Setiap hari akan ada benda baru yang saya belajar yang dapat meningkatkan keyakinan diri and soft skills. You are AWESOME!!!. – Rabiatul Adawiyah Bt. Samsukamal, Degree in Business Administration (Hons) Business Economics.

I enjoyed learning with En. Syed. You helped us a lot. Build my confident to speak in front. you are active person, cheerful and can attract the audience to focus hear you. Tq. En. Syed. – Najwa Zakaria@Azahari, B.A Animal Production & Health.

Pengisian yang sangat bagus yang dapat membantu & meningkatkan keyakinan diri. Dapat meningkatkan thinking skills. Pengisian oleh En. Syed yang santai dan bersahaja. – Liana Bt. Mokhtar, Ijazah Sarjana Muda Sains Makanan.

Tunjuk ajar sir sangat memberi makna kepada saya terutama semasa bercakap di hadapan kawan-kawan. Thank you sir!! Jasamu tetap dikenang. Senyum sokmo… – Mas Atikah Bt. Zakaria, Ijazah Sarjana Muda Pengajian Malaysia Dengan Pendidikan.

Kelas yang menyeronokkan, Terima kasih atas segala ilmu yang dikongsikan. Ilmu itu amat membantu saya untuk lebih yakin untuk tampil bercakap depan public juga untuk interview. Thanks. – Noraizan Zulia Bt. Mat Aripin, Degree of Education.

Kelakar, Motivasi yang spontan. Mudah faham and enjoy. Pengisian ilmu yang bermanfaat. Menarik minat untuk mendengar. – Mohd Hanafi B. Umar, Degree in Furniture Technology, UiTM.

En. Syed very nice and give a lot of new skills and experiences to us. – Rohana Bt. Mamat, Bachelor in Accounting, UMT

Ur Funny person. Sometimes nervous with you sir. Especially time muka sir serious jew. hehehe… Life Chart (nasib tak kena) bedebar la. hahaha. Sir cakap terus terang ( MENUSUK QALBU ) but apa yang sir cakap betul. Sir pandai buat lawak. Pandai ketawa..hahaha… See u again. – Siti Zuliana Bt. Johan, BBA (Hons) Finance.

Sentiasa mendapat sesuatu yang baru. Dapat improvekan diri bersama group member. Seronok. Awesome! Sentiasa ada pengerakan yang spontan, unexpected action, jadi selalu rasa SUSPENS. Dapat asah softskills dengan lebih baik. Keep smiling sir!! Sentiasa bersemangat. Kelakar. – Sabihah Bt. Sabri, Bachelor in Human Resource Management.

Banyak aktiviti sepanjang program menjadikan program ini menarik dan menyeronokkan. Banyak ilmu yang dikongsi sepanjang program. Ilmu yang amat berguna di masa hadapan. – Nur Syazana Bt. Harunal Rashid, Health Physics, UTM.

Selama En. Syed handle kelas GCAP kami. Saya rasa En. Syed sangat membantu dalam softskills terutama dalam GESTURE and POSTURE. Kelas tidak bosan and En. Syed sangat sporting. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan terutamanya di Pantai Batu Buruk sangat (Team Building) sangat menyeronokkan. Thanks for all. – Syarifah Saiyidah Salehah Bt. Sayed A. Bakar. BBA (Hons) Finance.

Sepanjang seminggu banyak dapat ilmu, best, fun. Terima kasih banyak-banyak En. Syed Faizal kerana banyak ilmu saya dapat terutamanya how to improve diri supaya lebih berani untuk ke depan. – Yamna Bt. Ismail, Bachelor in Applied Science (Furniture Technology), UiTM Shah Alam.

GCAP bersama En. Syed sangat menarik. Banyak membantu dari segi team buidling and soft skills. Keseluruhannya sepanjang seminggu memang terbaik dan bersahaja. – Nurizzati Bt. Ibrahim, Bachelor of Business Administration (Islamic Finance).

Terima kasih En. Syed kerana memberi tunjuk ajar dengan baik kepada kami untuk persediaan menempuh alam pekerjaan. Jasamu akan ku kenang dan semoga bertemu lagi. – Khairul Anwar B. Johari, Bachelor of Human Resource Development.

Aktiviti yang dijalankan oleh En. Syed sangat menarik. Cara yang digunakan sangat membantu dalam presentation skills, bagaimana untuk berdiri di hadapan audien, pergerakkan tangan (stand-by mode), eye contact dan macam-macam lagi. Cara penyampaian En. Syed sangat bersahaja, spontan dan saya sangat seronok semasa di dalam kelas. Sporting dan bersuara jelas. – Nafaidilah Bt. Nasir, Master in Education (Multimedia).

Meningkatkan keyakinan diri ketika bercakap di hadapan awam. Dapat mengetahui gaya badan dan tangan ketika bercakap dan berucap. Ilmu ini dapat digunakan dalam pekerjaan. Dapat menguji minda dan emosi dengan permainan-permainan menarik. You are the best motivator, sporting and simple motivator… – Syed Mohd Ariff B. Sayed Mustaffa, Bachelor of Quranic & Sunnah Studies, USIM.

Banyak membantu dalam komunikasi di hadapan interview, lebih berani bertanya dan sangat enjoy. – Nadiah Bt. Mohd Nor, Bachelor in Malaysian Study in Education.

Di sepanjang program, saya berasa sangat gembira dan banyak berkongsi pendapat/pengalaman  bersama-sama Sir Syed Faizal. Terima kasih di atas segala perkongsian dan pengalaman selama beberapa hari. – Norazilah Bt. Abdul Karim. BBA Islamic Finance.

Banyak input yang diperolehi terutamanya dalam presenting skills. Sangat membantu saya untuk berkomunikasi di hadapan orang ramai dan membantu saya dalam interview pada masa akan datang. – Norhazwani Bt. Endut. Bachelor in Counselling.

Sir Syed banyak membantu saya dalam Presentation Skills, How to Speak, How to Present, How to Talk, How to Attend Interview. Thank you sir. – Syahida Akmal Bt. Mat Nawi. Master in Telecommunication & Information Engineering.

Sangat sporting dan memahami para peserta program. Banyak Hands-On activity dan sangat PRO-AKTIF. Aktiviti yang dijalankan memerlukan minda untuk berfikir secara terbuka. Pengajaran yang sangat cemerlang dan teruja dengan kredibiliti yang dimiliki oleh En. Syed Faizal. Mula-mula menakutkan tapi lama-lama sangat mengembirakan hahaha… Doakan kejayaan kami untuk peroleh kerja suatu hari nanti. Terima kasih untuk segala ilmu yang diajar dan dikongsi sepanjang program ini. – Nor Shamimi Bt. Mat Su. Degree

Banyak yang telah dipelajari terutamanya dari aspek pekerjaan. Cara belajar menyeronokkan dan aktiviti sangat menarik. Program dan aktiviti yang dianjurkan juga membina jati diri saya untuk lebih berani dan berfikiran terbuka. Teruskan usaha anda!! – Siti Aminah Bassa Bt. Nawang. Degree in Biology, UKM

Sepanjang program bersama Bro. Syed Faizal, banyak aktiviti-aktiviti menarik yang dijalankan yang saya tak pernah expect untuk dibuat dalam kelas seperti ini. Cara Bro. Syed tegur cara kesalahan orang sewaktu present dan terus membetulkan kesalahan kami membuatkan kami cepat belajar dan terus apply. Thank You Bro. Syed!! – Aeda Syairah Abd Rahim, B.sc Biomedical Science, UIA.

Senang faham apa yang diajari. Happy semasa belajar. Memberi contoh yang relevan untuk dapat kerja. Dapat mempelajari cara presentation yang betul. Thank you sir. – Nurhidayu Bt. Muhamad Roni, BBA (Hons) Operations Management.

Happy and easy to understand what Mr. Syed teach. Sangat sesuai untuk menjadi MOTIVATOR. Banyak belajar tentang SPIES. Sangat enjoy. See u again & semoga kebahagiaan milik sir… cool… (^_^) – Yuhaniz Fathanah Bt. Mahadi, BBA (Hons) Islamic Banking.

Sangat seronok bersama En. Syed. Banyak aktiviti yang boleh dijadikan panduan untuk masa depan. Aktiviti paling best “SELAMATKAN MALAYSIA”. Banyak bagi input untuk interview nanti. Dapat tahu apa kelemahan dan kelebihan diri. – Nurul Khairani Abdullah, Marketing.

Seronok En. Faizal pandai buat orang ketawa. Masa saya buat presentation, En. faizal pandai tegur dan pandai membetulkan kesalahan saya. Ini membuatkan saya tidak terasa hati apabila ditegur. Banyak ilmu pengetahuan yang diperolehi semasa program ini. Suka masa “Movie Time” Terima kasih En. Faizal, insyaALLAH saya akan praktikan ilmu yang diberi. – Siti Ainsah Bt. Wahab, Degree in Biologi, UKM.

En. Syed seorang yang professional. Membantu mengenali diri saya sendiri. Cara penyampaian maklumat yang berkesan. –Noor Shuhada Bt. Ahmad Sabri, Degree in Entrepreneurship (Hons).

Sepanjang program bersama sir saya rasa sangat bermanfaat. Di awal program ini secara jujurnya saya kurang berminat dengan pendekatan sir guna. Namun masuk hari ke-3, saya rasa ia sangat bagus kerana cara penyampaian sir berjaya mengikis sikap malu dalam diri saya untuk bercakap di hadapan. Secara totalnya, saya rasa program bersama sir adalah sangat menarik dan berkesan. Saya rasa bahawa ada perubahan ada lebih kekuatan, lebih yakin setelah dipaksa ditegur dan ditunjuk ajar. Over all, you are THE BEST!! See you again kalau ada rezeki. – Siti Fasihah Bt. Rameli, Bsc. Chemical Sciences.

Satu kursus yang menarik untuk dihadiri. Banyak aktiviti spontan yang menarik dan menguji diri. Cara mengawal peserta yang baik. Sporting, enjoyable, fun. Outdoor aktiviti yang menguji diri saya. – Mohd Faisal B. Harun, Bachelor in Mechanical Engineering, UTeM ( Thermal Fluids)

Saya dapat banyak ilmu yang baru. Enjoy belajar dengan sir walaupun ada rasa takut-takut. hehehe… Saya rasa apa yang sir sampaikan banyak membantu saya untuk memasuki alam pekerjaan. Sir seorang yang sempoi dan sporting. – Noor Shazlinda Bt. Mat Jib@Abd Rahman, BBA (Hons) Finance.

 

Semoga bermanfaat buat para peserta semua… (^_^)

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.