fbpx

Pasangan Hidup COMPLETE PACKAGE

Salam rahmat buat teman-teman semua, terima kasih kerana sudi membaca perkongsian artikel ini.

Ramai dari kalangan kita, terutamanya yang bujang mahukan teman hidup yang mempunyai complete package. Mungkin bagi yang wanita mahukan lelaki yang handsome, banyak duit, romantik..bagi yang lelaki pula mahukan wanita yang cantik, berdikari, kaya dan lain-lain. Saya tidak mahu bercerita dari perspektif yang materialistic atau negatif sahaja.

Saya sentiasa pesan pada teman-teman saya, jika mereka mahu hidup bahagia dan tenang…carilah teman yang “complete package”. Apa yang saya maksudkan complete package di sini ialah berdasarkan faktor-faktor ini :

1. Beragama
2. Berakhlak mulia
3. Berhati lembut
4. Berkerjaya
5. Mempunyai nilai-nilai Nubbuwwah

 

BERAGAMA

Teman hidup yang beragama, bermaksud teman yang mempunyai kecerdasan Spiritual (kerohanian). Kita mahukan teman yang mempunyai sifat-sifat hamba pada dirinya (Hamba kepada Allah). Dalam melayari kehidupan seorang suami atau isteri. Dia akan sedar tentang tugasnya sebagai seorang suami atau isteri di dalam keluarga. Dia akan melakukan perkara-perkara yang mendapat keredhaan tuhan. Ini adalah package pertama yang perlu ada pada teman kita. (^_^)

BERAKHLAK MULIA

Ada hadis yang berbunyi :

“Sebaik-baik kalian adalah yang paling baik terhadap keluarganya. Dan akulah yang paling baik di antara kalian dalam bermuamalah dengan keluargaku.”

(H.R. Tirmidzi )

Saya sering mendapat aduan dari kenalan facebook mahupun kenalan di dunia realiti. Mereka sering mengadu, pasangan hidup mereka tidak melayani mereka dengan baik.

Mungkin mereka lupa, faktor kedua ini. Janganlah hanya mencari pasangan hidup yang beragama sahaja. Tetapi carilah yang berakhlak mulia juga. Nescaya akan tenang hidup anda. (^_^)

Wahai muslimin..carilah isteri yang penyayang, pemurah, sopan santun, lembut, penyokong buat mu….insyaALLAH dirimu akan beruntung

Wahai muslimah….carilah suami yang berfikiran jauh, lembut dalam percakapan, berilmu pengetahuan, bersifat melindungimu…nescaya akan bahagia hidup mu…..

BERHATI LEMBUT

Di dalam buku “Lembutkan Hatimu” tulisan Ustaza Amaluddin Mohd Napiah, beliau kongsikan:

“Orang yang paling lembut hatinya (hati yang tunduk dan patuh kepada Allah dan hati yang sejahtera) ialah orang yang paling sedikit dosanya” – Makhul ad-Dimsyaqi

Teman yang lembut hatinya….pastinya taat kepada perintah-perintah Allah…teman yang lembut hatinya…pasti akan berlembut dengan teman pasangannya….teman yang lembut hatinya…pastinya bersikap lembut (sopan) dengan masyarakat,jiran, saudara mara, kawan-kawan bahkan dengan binatang sekali pun….

Lihatlah Rasullullah s.a.w sendiri….baginda merupakan insan yang lembut hatinya….

BERKERJAYA

Faktor bekerjaya ini sangat penting bagi kaum lelaki. Bagi orang lelaki. Kerjaya merupakan sebahagian dari hidupnya. Ianya umpama ladang ternakan yang dimajukan olehnya. Ada perkara yang bagus mengenai memilih teman hidup yang berkerjaya ini.

Selalunya, kaum lelaki yang berkerjaya ini akan lebih bertanggungjawab dalam hal rumah tangga, lebih berfikiran jauh. Mereka ada Visi dan Misi. Hidup lebih ke hadapan.

Mereka akan memastikan keluarga mereka akan hidup senang berlandaskan syariat. Ini kerana untuk sampai ke syurga. Dunia merupakan jambatannya. (^_^).

Bagi kaum wanita pula, jika berkerjaya pandai-pandailah menguruskan masa antara kerjaya dan rumah tangga. Terdapat seribu satu hikmah. …. Selamat menemui hikmahnya….(^_^)

MEMPUNYAI NILAI-NILAI NUBBUWWAH

Nilai-nilai nubbuwwah maksudnya….teman hidup kita perlulah mempunyai risalah-risalah yang dibawa oleh nabi Muhammad s.a.w. Dalam erti kata lain…..pastikan teman hidup kita, menjadikan sunnah-sunnah Rasullullah s.a.w sebagai pakaiannya.

Orang yang menghidupkan sunnah nabi. Dia dekat dengan nabi. Orang yang dekat dengan nabi. Rahmat dan kasih sayang Allah sentiasa dekat dengannya.

Semua faktor-faktor ini penting dalam memastikan teman hidup kita mempunyai

 

“COMPLETE PACKAGE”

selamat menemui complete package anda….^_^

Syed Faizal S. Rahman

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.