fbpx

Otak Lelaki VS Otak Wanita Berkenaan Kerja

Kajian menyatakan bahawa otak lelaki dapat fokus pada satu-satu kerja pada satu-satu masa. Ada pendapat yang menyatakan otak lelaki bersifat khusus. Kebanyakkan lelaki juga berkata mereka dapat lakukan satu perkara pada suatu masa sahaja.

Apabila orang lelaki berhenti untuk membaca simbol di hadapan mereka. Apakah yang mereka akan lakukan ketika radio sedang berbunyi kuat? Tutup bukan?

Orang wanita tidak faham mengapa orang lelaki buat begini. Ada juga ketika. Apabila orang lelaki sedang memandu kenderaan. Jika orang wanita sedang bercakap-cakap atau buat bising di dalam kereta. Orang lelaki akan minta wanita untuk diam. Boleh berlaku dalam nada yang kasar.

Apabila ini berlaku. Orang wanita akan tertanya-tanya. Kenapa dia bertindak begitu. Mari saya kongsikan apa yang saya temui dalam pembacaan saya mengenai perbezaan otak lelaki dan wanita.

Otak lelaki sememangnya diatur untuk melakukan satu perkara pada satu masa. Ini adalah kerana otak lelaki mempunyai saraf-saraf penyambung hemisfera kanan dan kiri yang kurang daripada wanita. Pada masa yang sama juga. Otak lelaki lebih jelas nampak terbahagi dengan jelas apabila dibuat kajian melalui imbasan otak.

Otak wanita pula sememangnya diatur bagi melakukan pelbagai tugasan. Inilah sebab utama seorang wanita boleh melakukan pelbagai kerja di ruang markas mereka iaitu DAPUR. (^_^)

Seorang wanita ketika sedang memasak telur goreng. Dia boleh biarkan air dalam proses didih. Beras dalam proses menjadi nasi. Dia juga boleh menjaga anak dalam biliknya. Hebat bukan!!!

Wanita boleh melakukan beberapa perkara yang tidak berkaitan pada satu masa kerana otaknya sentiasa aktif dan tidak berehat. Dia boleh berborak dalam telefon dan pada masa sama mencuba resipi baru. Kita juga kadang-kadang lihat dalam televisyen. Bagaimana lakonan seorang wanita yang sedang berlakon di ruang dapur. Melakukan pelbagai tugasan.

Bagi kaum wanita, apabila seorang lelaki sedang memandu dan anda sibuk bercakap dengannya, kemungkinan dia akan terlepas jalan simpang yang hendak dimasukinya jika ke kawasan jalan yang baru. Maka tidak hairanlah mereka akan marah. Kerana otak mereka direka oleh tuhan kita sedemikian rupa.

Banyak lagi perkongsian yang akan saya kongsikan di ruangan Nota Minda di dalam laman saya ini. Jadi pastikan sentiasa singgah ke sini untuk maklumat lanjut. InsyaALLAH. (^_^).

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.