fbpx

NotaMinda : Kuasai Kuasa Pilihanmu

Sebagai seorang penceramah motivasi. Memang saya tidak dapat larikan diri daripada berdepan dengan orang yang selalu berkata “Saya tidak boleh buat…”, “Saya tidak ada masa…”, “Saya tidak ada bakat…”, “Saya tidak berpeluang seperti dia…”, “Saya tidak pandai macam dia…” dan lain-lain. (Pendek kata respon-respon negatif)

Memang benar, kita semua tidak lahirkan dalam suasana yang sama. Ada yang lahir dari keluarga yang kaya dan ada yang lahir dari keluarga yang tidak mampu untuk membayar kos sara hidup yang asas. Ada yang mendapat kasih sayang secukupnya. Ada pula yang ditinggalkan sejak kecil. Pelbagai kemungkinan ada di situ.

Dengan pelbagai kemungkinan yang ada pada masa lampau atau  kini pada kita. Saya percaya tuhan memberikan kita satu KUASA yang mampu kita gunakan untuk ubah diri kita. Tidak kiralah jika kita dari keluarga, bangsa, warganegara mahupun latar belakang apa jua. Kita mampu menggunakan KUASA ini. Kuasa ini kita dapat gunakan untuk mengubah diri  dan mencapai apa sahaja yang kita mahu di dalam hidup ini dengan cara yang betul.

Screen shot 2013-12-28 at 7.14.54 PM

Kuasa yang saya maksudkan di sini ialah KUASA untuk MEMILIH. Sejak dari awal pagi kita bangkit dari tempat tidur sehinggalah tibanya masa untuk kita tidur semula. Saya dan anda mempunyai kuasa untuk membuat seribu satu macam PILIHAN setiap saat.

Setiap pilihan yang kita pilih menyebabkan arah tuju hidup kita tercipta dan terbentuk. Cuba anda fikirkan sejenak. Dari awal pagi hinggalah malam. Apakah pilihan yang anda lakukan. Adakah anda memilih untuk pergi kerja pada hari tersebut ? Adakah anda memilih untuk memakai pakaian yang tertentu ? Adakah anda memilih untuk makan set menu yang tertentu ? Adakah anda memilih untuk menyiapkan sesuatu tugasan tertentu ? Soalan yang patut saya tanya sekarang… Adakah anda memilih untuk membaca artikel saya pada ketika ini ? Anda telah memilihnya secara sedar (Conscious) atau tidak sedar (subconsciously). 

SONY DSC

Jika anda mempunyai harta atau wang yang  cukup  hari ini. Ianya adalah kerana anda telah memilih untuk mengurus kewangan anda pada beberapa bulan atau tahun yang lalu. Mungkin anda memilih untuk belajar tentang cara-cara melabur saham, kerjaya yang baik dan perbelanjaan yang terurus. Pada waktu yang sama, jika anda pokai pada ketika ini. Ianya juga kerana pelbagai PILIHAN yang anda telah buat pada waktu lalu.

KEHIDUPAN SILAM ANDA TIDAK MENENTUKAN 100% MASA DEPAN ANDA 

Jika anda mendapat keputusan yang teruk atau melalui kehidupan yang sangat keliru ketika ini kerana kesilapan PILIHAN anda pada masa yang lalu. Usah risau!! Ianya tidak pernah lewat untuk mengubah pilihan kita. Remember!!! The Past Does Not Equal The Future.

Ini adalah kerana masa depan ditentukan dengan pilihan kita sekarang.

Berita baiknya ialah… anda boleh buat PILIHAN untuk memilih pada hari ini. Adakah anda mahu pilih untuk mengubah nasib hidup anda sekarang ? Adakah anda mahu mengubah kerjaya yang anda sedang lalui sekarang ? Adakah anda mahu mencipta kejayaan yang tersendiri ?

Pilihlah!!!! Anda boleh memilih kejayaan yang anda mahukan untuk ESOK.

Jadi..

selamat menguasai pilihan yang anda pilih.

Saya telah pun kuasai pilihan saya…

Salam motivasi NotaMinda dari saya…

SyedFaizal
Certified SmartStudy™ Trainer
(NFNLP) & (ANLPM)

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.