fbpx

NotaMinda : KUASA PILIHAN

Alhamdulillah, kita sudah melepasi 10 Muharram. Semoga tahun baru islam ini memberikan kita lonjakan dan motivasi baru untuk terus maju dalam mempertingkatkan status hidup kita.

Perkongsian saya dalam artikel kali ini ialah berkenaan KUASA yang tersembunyi di dalam diri kita. Kuasa yang saya maksudkan bukanlah kuasa power ranger atau superman…. Kuasa yang saya maksudkan ialah

KUASA PILIHAN

Sejak lahir sehingga sekarang kita sentiasa ada KUASA PILIHAN ini.

  • Kita boleh memilih untuk gembira atau sedih.
  • Kita boleh memilih untuk berjaya atau gagal
  • Kita boleh memilih untuk hadir ke kelas atau ponteng ke kelas

Namun setiap pilihan ada natijah atau kesannya kepada kita. Cuma antara kesan yang baik atau buruk.

KUASA PILIHAN  NotaMinda SyedFaizal
KUASA PILIHAN
NotaMinda SyedFaizal

Pilihlah untuk mempunyai MINDA JUARA. Orang yang mempunyai minda juara sentiasa sedar yang dia mempunyai KUASA PILIHAN. Sekiranya mereka gagal, mereka akan belajar dari kesilapan untuk berjaya. Sekiranya mereka kecewa, mereka akan cuba menukar strategi pada masa akan datang untuk tidak kecewa lagi.

Mereka tidak benarkan kekecewaan yang melanda untuk menarik diri mereka ke dalam bakul kegagalan.

Saya selalu berhadapan dengan individu yang suka menyalahkan keadaan atau orang lain apabila mereka gagal. Saya menamakan gelagat ini dengan “THE BLAME GAME”.

Source : Google Image
Source : Google Image

Apabila ada 2 orang yang bersalah dan tidak mahu mengaku. Apakah yang biasanya berlaku. Mungkin salah seorang akan menyalahkan yang lain. Seronok untuk saya perhatikan gelagat ini kerana saya melihat dari perspektif MINDA JUARA.

Source : Google Image
Source : Google Image

Pilihlah untuk bertanggungjawab untuk setiap tindakan yang kita lakukan. Tukar Strategi jika anda gagal. Bukan menyerah kalah. Setiap insan boleh berjaya. Pilih strategi dan teknik yang ada dengan betul untuk anda menyerlah.

Akhir kata…. berpeganglah pada prinsip ini:

“For Things to Change… I Must Change First… and I Have a Choice in Life. I Choose to Win”

 

SyedFaizal | 2013

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.