fbpx

Nota SmartStudy SkorSejarah : Petua Minat Sejarah

Salam rahmat buat adik-adik semua. Sudahkah adik-adik memulakan sesi pembelajaran di sekolah? Harap-harap semuanya berjalan dengan baik.

Di sini saya kongsikan tips untuk minat belajar subjek sejarah. Antara sebab mengapa kita perlu minat ialah kerana :

  • Sesuatu subjek yang diminati lebih mudah diingati.
  • Minat boleh dibina dengan mencari serta memperkembangkan aspek yang digemari atau disukai.
  • Minat, kegemaran dan kemajuan saling dipadankan dengan cita-cita akanmembantu kecemerlangan.
  • Minat membantu anda memaksa diri untuk berjaya !

Adik-adik semua, minat merupakan pendorong kuat yang dapat menggalakkan dan merangsang kita untuk terus belajar. Sebenarnya, ada beberapa cara yang boleh membantu kita untuk minat belajar subjek Sejarah. Antaranya kita perlu mengingati nama-nama tokoh (negarawan) sebagaimana kita mengingati nama-nama jaguh sukan negara dan bintang Filem (kaitkan nama dengan Filem Star & Rock Star).

Kita juga boleh mengembangkan aspek-aspek yang digemari atau disukai dalam kehidupan kita dengan mata pelajaran Sejarah. Sekiranya kita ingin menjadi seorang peguam, mata pelajaran Sejarah amat penting untuk membolehkan kita mencapai cita-cita tersebut.

Seterusnya, kita juga boleh meluangkan masa menonton filem-filem sejarah (cth: Peristiwa Bukit Kepong, Ghandi, dsb), dokumentari (cth: Jejak Rasul, Discovery, National Geographic) atau mengunjungi pameran bercorak sejarah dan membuat perkaitan pendidikan Sejarah dengan kehidupan kita.

Contohnya bila kita lihat Piramid dalam filem The Mummy, kita dapat membayangkan fakta sejarah kehidupan masyarakat Mesir Purba dan membuat perbezaan dengan cara hidup masa kini. Begitu juga dengan melihat gambar bangunan Parlimen, kita boleh membuat interpretasi negara kita mengamalkan pemerintahan demokrasi berparlimen. Dengan melawat Tugu Negara pula kita boleh belajar tentang pahlawan kita yang terkorban kerana melawan komunis semasa darurat dan sebagainya.

 

Selamat menyemai benih-benih rasa minat dan cinta dengan sejarah buat adik-adik semua. Jadikan SEJARAH itu HIDUP!!!

 

Syed Faizal S. Rahman
SmartStudy Associate Trainer
www.smartstudy.com.my

Info : Program SmartStudy SkorSejarah membantu para pelajar untuk mengingati, menghadam dan mempermudahkan subjek sejarah.


 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.