fbpx

Nota R.i.G.H.T : Bahasa Badan dalam Temuduga

Assalamu’alaikum dan salam sejahtera buat kenalan semua. Harap-harap di cuti perayaan cina ini, kalian semua dalam keadaan yang baik.

Perkongsian saya dalam Nota Get it RiGHT kali ini ialah berkenaan Bagaimana menggunakan bahasa badan yang betul semasa temuduga. Penggunaan bahasa badan di dalam proses temuduga merupakan aspek yang paling penting.

Mengapa saya katakan bahasa badan sangat penting kerana kadang-kadang sebelum kita mula berbicara dengan penemuduga, penilaian terhadap diri kita sudah pun dilakukan berdasarkan bahasa badan kita. Dan ianya hanya memerlukan antara 15 ke 30 saat sahaja.

Bahasa badan yang positif akan membuatkan orang lain rasa selesa dan senang untuk berurusan dengan kita.

Berikut merupakan antara beberapa petua yang boleh dilakukan oleh anda sewaktu temuduga :

1. Apabila anda berhadapan dengan penemuduga anda. Berikan ucapan salam yang jelas dan suara yang mantap serta berjabat tangan dengan teguh. Ini akan menunjukkan keyakinan dan professionalisme kepada penemuduga kita. Namun pastikan anda tidak salam tangan penemuduga dengan amat keras.

2.  Apabila duduk, pastikan tangan anda di atas riba anda. Jangan bersilang kaki, bersandar di atas meja, atau berpeluk tubuh. Pastikan duduk tegak. Jika anda risau tidak selesa. Berlatihlah di rumah supaya anda rasa selesa.

3. Kekalkan hubungan mata dan angguk kepala anda apabila berbicara dengan penemuduga anda. Ini menunjukkan bahawa anda memberi perhatian penuh.

4. Berhati-hati mengatakan terlalu banyak “um“, “seperti“, “uh“, dan “yang anda tahu“. Pastikan kita yakin dan mampu menjual diri sewaktu proses temuduga.

5. Apabila anda diminta untuk menanyakan sebarang soalan, pastikan anda tanya! Tunjukkan minat yang mendalam dan seperti ingin mengetahuinya lebih lanjut. Saya sertakan di bawah ini beberapa cadangan soalan yang boleh diajukan terhadap penemuduga anda.

  • Apakah cabaran dalam jawatan ini?
  • Berapa ramai pekerja yang bekerja untuk syarikat ini dan jabatan?
  • Bagaimana prestasi dinilai di tempat kerja?
  • Bagaimanakah proses orientasi atau latihan pada hari pertama?
  • Siapakah yang saya akan melaporkan diri nanti?
  • Adakah apa-apa tugas segera yang perlu untuk saya lakukan?
  • Apakah matlamat yang anda mahu saya capai dalam kerja ini?
  • Adakah ini jawatan baru di dalam syarikat ini?
  • Boleh saya bertanya mengapa orang terakhir dalam jawatan ini berhenti?

6. Di akhir proses temuduga, akhiri dengan berjabat tangan dan ucapkan terima kasih kepada penemuduga kerana sudi meluangkan masa dengan anda. Pastikan bahasa badan dilontarkan secara profesional.

Semoga bermanfaat buat anda semua…

 

 

# Get it R.i.G.H.T merupakan Program Motivasi Kerjaya yang dibangunkan oleh Syed Faizal S. Rahman.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.