fbpx

Nota Minda : Tulis Matlamat

Hari ini saya tumpang gembira dengan kejayaan adik-beradik kembar Syahmina & Farzanah. Mereka mendapat keputusan yang cemerlang di dalam SPM mereka 9A !!

Saya doakan setiap langkah yang mereka akan ambil selepas ini akan lebih cemerlang dan  sentiasa di dalam rahmat kasih sayang Allah.

Apa yang lebih membuatkan saya tersentuh hati hari ini ialah apabila adik Syahmina memberitahu saya melalui Facebook (^_^) , antara teknik yang mereka telah lakukan selepas hadir ke program motivasi saya ialah “Menulis Matlamat

Antara teknik motivasi yang saya selalu berkongsi dengan pelajar yang hadir ke program saya ialah Teknik Menulis Matlamat. Sememangnya teknik ini sering di ajar oleh mana-mana pakar motivasi di dunia. It is a powerful way to keep ourselves motivated and directed.

 

Menulis matlamat sering di pandang rendah oleh segolongan masyarakat. Mereka merasakan menulis matlamat ini seperti suatu mainan atau perkara yang membuang masa. Hakikatnya… kuasa menulis matlamat sangat tinggi nilainya jika kita amalkan.

Usahawan-usahawan yang berjaya juga mengamalkan teknik ini. Kajian membuktikan, apabila kita menulis matlamat kita. Neurologi (otak) dan Fisiologi (tubuh) kita bertindakbalas dengan matlamat kita. Ianya umpama kita mengambil pistol dan mengacukannya ke arah sasaran yang kita mahu tembak.

Saya juga menulis matlamat walaupun sudah tamat zaman belajar. Matlamat saya pada waktu ini tentu lebih ke arah kerjaya, perhubungan, kerohanian dan kewangan saya. Apa yang menariknya ialah, kesemuanya hampir menjadi kenyataan dengan teknik dan strategi yang betul.

Contohnya saya mempunyai matlamat untuk menjalankan program motivasi lebih dari 5 kali satu bulan. Apa yang menariknya ialah, ia menjadi. Di sini bukanlah saya maksudkan dengan menulis semuanya akan menjadi. Sudah tentu takdir semua ditentukan oleh Allah. Apa yang saya maksudkan ialah, dengan menulis matlamat secara bersungguh-sungguh. Otak dan tubuh kita akan bekerja ke arah merealisasikan matlamat tersebut.

Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membuka minda para pelajar dan saya secara khususnya tidaklah menyatakan bahawa kerana menulis matlamatlah adik-adik Syahmina dan Farzanah telah berjaya. Tidak sama sekali. Saya percaya mereka telah berusaha sungguh-sungguh siang dan malam menelaah ilmu untuk mencorak kejayaan. Menulis matlamat hanyalah sebagai satu perantaraan atau alat motivasi yang berkuasa buat mereka.

Namun saya berasa syukur kerana perkongsian saya bersama Syahmina & Farzanah pada suatu ketika dulu telah membantu mereka untuk menggunakan strategi & teknik yang betul.

Salam Sukses dari saya… Syed Faizal S. Rahman.

Gambar di atas sewaktu Syahmina & Farzanah menjadi peserta program saya. (^_^)

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.