fbpx

Nota Minda : Ramaikan Kenalan

Menjadi kebiasaan bagi mana-mana insan untuk duduk berborak dan bersembang lama dengan sahabat dan kenalan yang sudah lama dikenali. Memang seronok untuk berborak-borak bersama sahabat kita sepanjang hari  kerana mereka sangat memahami sikap baik, buruk dan isi hati kita.

Namun untuk kita maju di dalam hidup ini, kita perlu luaskan jaringan kenalan kita. Di zaman moden ini salah satu faktor yang akan membuatkan kita berjaya ialah dengan adanya ramai kenalan. Apabila kita mula berkenalan dengan orang baru. Proses berkenalan itu menjadi pintu permulaan untuk rezeki kita.

Sekiranya anda seorang usahawan internet. Mungkin kawan baru anda memerlukan khidmat khidmat blog. Sekiranya anda seorang Guru. Kawan baru anda mungkin perlukan khidmat tuisyen peribadi bagi anaknya. Pelbagai kemungkinan boleh membawa anda dengan meramaikan kenalan.

Antara kebaikkan yang kita dapat dengan meramaikan kenalan ialah :

  • Membuka Pintu Minda

Jika anda perasan, artikel saya ini jatuh di dalam kategori “Nota Minda.” Mengapa saya wujudkan ruangan nota minda ialah kerana artikel-artikel yang telah saya tulis bahkan akan tulis semuanya berkenaan potensi dan membuka pintu minda. Harapan saya ialah setiap kali anda membaca ruangan ini sedikit sebanyak akan membuatkan anda berfikir dan terbuka minda anda untuk berubah ke arah yang lebih baik.

Berkenalan dengan rakan-rakan yang baru, sedikit sebanyak akan membuatkan minda kita terbuka. Mungkin kita akan dapat idea-idea yang baru dan bernas untuk kita aplikasikan dalam perniagaan atau kehidupan kita. Sebagai contoh, di saat awal perkenalan saya dengan Puan Azura Lokman yang merupakan seorang usahawan Pusat Tuisyen BrainBox berpusat di Damansara. Kami hanya berkenalan sebagai rakan biasa sahaja. Namun setelah beberapa bulan, beliau mengambil saya sebagai tenaga penceramah di beberapa buah sekolah sekitar Damansara bagi tujuan promosi Pusat Tuisyen beliau. Hubungan yang terjalin ini, memberikan saya idea untuk memasuki pusat tuisyen lain pula di kawasan-kawasan lain. (^_^)

  • Belajar Kemahiran Baru & Menambah Kekuatan Diri

Meluaskan kenalan juga memberikan kita peluang untuk menambah kemahiran baru atau memantanpkan kemahiran yang sedia ada. Sahabat Trainer saya Tuan Hanis Jenalis menjadi semakin mantap dengan modul “Personaliti Unggul” beliau apabila Konsultan IP Minda menganjurkan Program Kesihatan di seluruh Malaysia. Kini dengan kemahiran yang beliau ada untuk menjalankan “Personaliti Unggul.” Kekuatan dirinya juga menjadi semakin mantap apabila beliau menjadi semakin pakar dalam topik yang disampaikan. Semoga Allah murahkan rezeki beliau. (^_^)

 

  • Meluaskan Rangkaian

Berkawan dengan rakan-rakan yang baru umpama seperti Facebook, Twitter, Friendster dan seperti laman sosial lain juga. Apabila kita berkawan dengan si A. Si A akan hubungkan kita dengan si B. Esok atau lusa si B pula akan kenalkan kita dengan si C dan D. Bukankah ianya sama seperti laman sosial juga. Kita perlu keluar dari zon selesa kita dan buka pintu hati kita untuk berkawan dengan kenalan yang baru.

Sentiasalah berfikiran terbuka dan bersikap positif. Usah memberikan tanggapan yang buruk di awal perkenalan kita dengan sesiapa. Semoga anda dan saya diberikan kekuatan untuk terus maju di dalam hidup ini…. insyaALLAH….

Syed Faizal S. Rahman
Perunding Latihan & Motivasi

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.