fbpx

Adakah kita merasakan otak kita sudah tumpul ? Mampukah kita menajamkan daya fikiran otak kita  walaupun sudah lama meninggalkan sekolah ?

Jawapannya ialah masih boleh lagi. Sebenarnya otak kita mampu untuk terus kekal tajam  sekiranya kita lakukan latihan minda selalu.

Apakah latihan minda ?

Maksud latihan minda yang saya cuba kongsikan di sini ialah latihan seperti menyelesaikan masalah, latihan matematik dan latihan memori. Tidak kurang juga latihan bercakap. Ya!!! dengan bercakap juga otak kita menjadi tajam. (^_^)

Kajian menunjukkan dengan membuat latihan minda, potensi untuk otak kita menjadi nyanyuk akan kurang 2 bulan. Kajian yang dibuat pada peserta-peserta yang mengambil bahagian dalam Latihan Kognitif seperti membaca, bermain muzik, menyelesaikan masalah menunjukkan yang mereka akan kurang menjadi nyanyuk. Secara khususnya aktiviti-aktiviti seperti ini menangguhkan proses menjadi nyanyuk selama 2 bulan. ( Dari Buku Neurobics)

Menarik bukan!!!

Oleh kerana itu, marilah kita mantapkan potensi minda kita dengan menyelesaikan masalah di atas kertas mahupun di dalam kehidupan kita.

Syed Faizal S. Rahman
Perunding Latihan & Motivasi SmartStudy™
Categories: BEST Belajar

0 Comments

Leave a Reply

Avatar placeholder

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.